View: 889|Reply: 12
|
Lelaki Kencing Di Puncak Ketika Gunung Berapi Kilauea Meletus
[Copy link]
|
|
Tindakan seorang pengunjung membuang air kecil di puncak gunung berapi Kilauea di Hawaii mencetuskan kemarahan ramai kerana dianggap tidak menghormati alam semula jadi, lapor akhbar New York Post semalam.
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki tersebut dilihat membuang air kecil di puncak Gunung Kilauea ketika letusan sedang berlaku.
 Lelaki tersebut dirakam sedang membuang air kecil di puncak gunung Kilauea ketika letusan sedang berlaku. – New York Post/Instagram
Aktivis masyarakat pribumi Hawaii, Kumu Hinaleimoana Wong-Kalu berkata, kawah Halemaʻumaʻu, yang terletak di puncak Gunung Kilauea, selatan Pulau Besar Hawaii merupakan lokasi yang amat penting kepada penduduk tempatan.
“Ramai orang luar tidak memahami bagaimana perasaan kami, ‘kanaka’ (penduduk pribumi Hawaii) terhadap hubungan dengan tempat dan ruang di pulau yang didiami ini,” kata Wong-Kalu.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada individu tersebut merupakan penduduk tempatan atau pelancong asing, namun pengguna Instagram berkenaan telah pun menutup akaun media sosialnya selepas dikecam netizen.
“Sikap yang buruk,” kata seorang pengguna.
“Hormati ‘aina’ atau pulang sahaja ke rumah anda,” kata seorang pengguna lain sambil merujuk kepada perkataan dalam dialek Hawaii yang bermaksud bumi.
Menurut legenda, Kilauea menjadi rumah kepada Pele, yang dianggap dewi api dan gunung berapi di Hawaii.
Dalam pada itu, seorang jurucakap Taman Negara Gunung Berapi Hawaii berkata, individu dalam gambar tersebut mungkin telah melanggar undang-undang.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
idok puleksss bumi marah dengan heol lalu menyambar volkano ke toottt beliau yach |
|
|
|
|
|
|
|
Macam ummah china suka hati nak kencing berak merata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baik.
Terlupa bawak botol kosong.
Dah sampai situ tetiba nak terkincin sangat, kincin ni mana boleh tahan²...boleh senak pundi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak terpercik pulak lava tu kt dia |
|
|
|
|
|
|
|
Herlokk tolakkj jeee makhlukk macamm niee biaa masukk dalam lavaa laluu mereputt.  |
|
|
|
|
|
|
|
aku suspek, omputeh.. USA ka, Europe ka..
kalau melancong, local kata hutan ini dijaga, bukit tu tempat suci, dari zaman tok nenek moyang hidup bersama alam semula jadi
tup tup, diorang pegi beromen kat situ. thrill katanya
kencing, berak bersepah, buang sampah merata, pokok di toreh-toreh
apesal la orang camni tak kena sorok dek bunian pulak eh |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif: aku suspek, omputeh.. USA ka, Europe ka..kalau melancong, local kata hutan ini dijaga, bukit tu tempat suci, dari zaman tok nenek moyang hidup bersama ...
mungkin dah perangai buruk bunian tak nak sorok/culik
buang masa .. nanti kat tempat bunian lagi huru-hara ...
|
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 11-1-2023 06:45 AM
Bersangka baik.
Terlupa bawak botol kosong.
Dah sampai situ tetiba nak terkincin sangat, kincin ni m ...
Aku agak tourist lain semua pundi kencing kuat belaka...ter masuk di tempat lain yang camping di hutan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk kencing, kencing je la sorok2 klu dh tk tahan.ni pi kencing terang2 pi rakam pulak tu.memang bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
xseram ke dok dekat lava tu[em:1:] |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tunggu komen2 poremer penyembah omputih yang dulu mengutuk sabahan konon sensitif sangat orang bogel kat gunung kinabalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia takde beza sbnrnye kau kencing tepi highway or belakang building.. yg bezanya kau kencing up photo.. nak tunjuk perangai jijik pengotor sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|