CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yuran Mahal, Sekolah Jauh- Lelaki 8 Isteri Nekad Bina Sekolah Sendiri Untuk 50 Anak

11-1-2023 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 531| Komen: 1

NAIROBI, KENYA – Seorang lelaki di  Kenya yang memiliki lapan isteri dan lebih 50 orang anak bakal membina sebuah sekolah untuk anak-anak yang akan ditempatkan berdekatan dengan rumahnya, lapor laman berita Legit.


Lelaki dikenali sebagai Kadel itu berkata, tujuan dia berbuat demikian adalah kerana jarak dari rumah ke sekolah amat jauh.

Lelaki itu turut menyalahkan kos tinggi untuk untuk anak-anak memasuki sekolah sebagai alasan lain untuk dia membina kemudahan tersebut.

Menurut laporan saluran YouTube Afrimax English, Kadel juga akan mengupah sendiri guru-guru untuk mengajar anak-anaknya.


Foto: Opera News

Lelaki yang hidup bahagia bersama lapan isterinya itu juga tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin lain. Setiap isteri yang baru dikahwini juga mempunyai tugas untuk mencari isteri seterusnya buat Kadel.


Kisah mengenai Kadel mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai memberikan pelbagai komen.

“Mengapa isteri-isterinya kelihatan sedih namun dia (Kadel) kelihatan amat gembira,” kata seorang netizen.

“Kemiskinan akan membuatkan seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja. Jika dia benar-benar kaya, mengapa anak-anaknya memakai pakaian koyak?” ujar pengguna lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 13-1-2023 10:23 AM
ko nk wape la anak ramai2 alahaii

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.059383 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top