Pengalaman melihat kesukaran ibunya membesarkan anak-anak selepas diceraikan membuatkan pelakon, Edika Yusof bertekad untuk terus mempertahankan kebahagiaan rumah tangganya.
Kata pelakon berusia 55 tahun itu, dia faham perasaan seorang isteri yang terpaksa berkongsi kasih dan berusaha untuk terus memberikan kebahagiaan kepada isteri, Nor Hidayah Yusri dan tiga anaknya. “Bapa saya berkahwin lebih daripada satu dan ada juga saudara lelaki terdekat melakukan perkara sama. Apa yang saya lihat, bukan mudah bagi seorang suami yang berkahwin lebih daripada satu untuk memberikan keadilan menyeluruh kepada isteri dan anak-anak mereka. “Saya melihat bagaimana sukarnya ibu membesarkan kami adik-beradik selepas diceraikan bapa.
“Sukar untuk saya ulas tentang perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan jagalah isteri yang satu dengan baik. “Letakkan diri kita dalam situasi, hati dan perasaan mereka. Sekiranya seseorang lelaki itu ditakdirkan berkahwin dua, mereka kena betul-betul berlaku adil,” katanya yang ditemui selepas sesi pratonton drama bersiri, Projek High Council, semalam. Pelakon Maria Mariana ini pernah menjadi inspirasi ramai selepas kisah kesetiaannya menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan tular, sedikit masa lalu. Kata Edika, timbul kerisauan dalam dirinya apabila ada pihak yang datang dan meminta pandangannya berkenaan isu rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang sedang tular. “Memang risau apabila orang rujuk kepada saya tentang kisah rumah tangga orang lain. Saya bukan malaikat, hanya seorang suami yang mahu menjaga isteri dan anak-anak dengan baik. “Sebagai suami, memang terasa tempiasnya apabila kisah begini diperkatakan ramai. Saya kena berhati-hati, pastikan hanya keluar dengan kawan-kawan lelaki bagi mengelakkan fitnah. “Apa yang saya buat adalah untuk keluarga, bukan untuk orang lain,” katanya lagi.
|
tom2 replied at 11-1-2023 05:56 PM
Biar la dia. Aku rasa dia dah diuji pon time isteri dia sakit. Dan tulis kat atas tu dia cuba berusa ...
Dolmat replied at 11-1-2023 09:27 PM
Isteri dia cantik.. Edika masih gd looking.. cuma curious satu.. rambut tanam eh?
limau_lemon replied at 11-1-2023 10:40 PM
No wonder Heols bertahan dalam rumah tangga.. Sbb pernah tgk mcm mana mak Heols berkongsi kasih
ADVERTISEMENT