Wawa Zainal berdepan detik cemas apabila jantungnya dengan tiba-tiba berdegup laju selepas menikmati secawan minuman berkafein. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata dia juga mengalami masalah sukar bernafas dan tidak boleh berdiri serta menggigil seluruh badan.
"Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergembira borak-borak, tiba-tiba saya punya jantung macam laju. "Saya cuba berdiri, kaki badan tangan semua menggigil, susah nak bernafas. Macam tak jumpa nyawa dah masa tu Ya Allah panik sangat," katanya. Wawa berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.
Selepas insiden itu, Wawa berkata dia mengambil masa selama dua jam untuk pulih sambil ditenangkan suaminya iaitu Aeril Zafrel. Malah Wawa juga memberitahu tidak sanggup berdepan dengan kejadian mencemaskan itu lagi. "Aeril cuba tenangkan saya mungkin sebab anxiety dan ajar macam mana nak kawal. Dua jam juga saya berperang dengan perasaan yang pertama kali saya alami. Jangan datang balik ya, Allah tak sanggup," katanya lagi.
|
Siput_Sawah replied at 11-1-2023 09:56 AM
"Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergem ...
sleepandream: kopi timbang kilo kot yg sheol ...
Atata: Circle iols, selepas booster s ...
Atata replied at 11-1-2023 10:32 AM
Circle iols, selepas booster semua dah xleh minum kopi. Gastrik terok
ADVERTISEMENT