Chew Kin Wah mengakui sedikit kecewa dengan tawaran watak yang diberikan kepadanya setiap kali menerima naskah daripada pihak produksi tempatan.
Gara-gara tawaran kurang menarik, Chew Kin Wah, 57, berkata dia lebih bersemangat mengembangkan karier di Indonesia kerana diberi peluang membawakan pelbagai jenis watak. "Di Indonesia, saya dapat tawaran untuk berlakon pelbagai jenis watak. Saya dapat watak jurulatih badminton dan berpeluang berlakon karya sastera di sana. "Mungkin penulisan cerita di sini belum berkembang seperti di sana tapi sekarang, saya tak tahu! Seperti yang anda tahu, filem atau drama di sini ada pecahan mengikut bangsa.
"Kalau dalam karya tempatan, watak yang saya akan bawa contohnya adalah tauke kedai runcit. Itu sahaja. Saya akui memang banyak kecewa tapi sebab nak cari makan saya buat sahaja," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Kin Wah mengakui bayaran upah diterima di Indonesia sememangnya berbaloi dan lumayan namun dia juga perlu menitikberatkan beberapa perkara lain sebelum meneruskan karier di sana. "Bayaran berlakon di Indonesia memang lumayan tetapi harus diingat kos sara hidup di sana juga sangat tinggi. "Kos makan makan minum juga mahal daripada Malaysia. Cukainya sangat tinggi. Jadi, kita kena merancang dengan betul segala perbelanjaan di sana. Nak makan dan menginap dekat mana... semua kena ambil kira," katanya lagi. Meskipun terima banyak dari negara seberang, Kin Wah memberitahu lebih selesa berkerja di Malaysia memandangkan dia dikelilingi rakan dan juga keluarga. "Sudah tentu saya lagi suka berkerja di Malaysia. Keluarga dan kawan-kawan saya semua ada di sini. Malaysia tanah tumpah darahku. Saya hanya pergi ke Indonesia jika menerima tawaran kerja. Tapi ramai produksi beranggapan saya menetap di Indonesia sebenarnya tidak, saya masih lagi pemegang passport merah," jelasnya. Berkongsi tentang pengalamannya berkerjasama dengan produksi luar, Kin Wah bersyukur apabila berpeluang berkerjasama dengan ramai pihak yang baik dan membantu mempermudahkan urusannya di sana. "Pada saya sama sahaja, ada baik dan buruknya. Ada production house yang sangat bagus begitu juga sebaliknya. Saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk berkerja dengan production house yang baik-baik semuanya. "Untuk projek tempatan iaitu drama Legenda Puteri Qaseh, ini kali pertama saya berlakon di saluran Astro Ceria. Mungkin sebab muka saya bengis sebab itu saya dapat watak antagonis. Bagi saya ini satu cabaran yang baharu dan saya menerimanya," ujarnya. Selain Kin Wah, drama Legenda Puteri Qaseh turut menampilkan, Datuk Yusry, Datin Lisa Surihani, Norman Hakim, Aziz M Osman, Rasrina Karim dan Chelsia Ng. -CARI Sumber: mStar Online
|
nuralisa replied at 10-1-2023 11:44 AM
dia ni islam kan...
heythere123 replied at 10-1-2023 06:01 AM
baru first time dengar org citer kos sara hidup dekat indonesia tinggi. Ingatkan lagi murah dari dek ...
ADVERTISEMENT