CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2612|Reply: 12

Muak Asyik Dapat Watak Tauke Kedai Runcit, Terima Sebab Nak Cari Makan Je

[Copy link]
Post time 10-1-2023 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Chew Kin Wah mengakui sedikit kecewa dengan tawaran watak yang diberikan kepadanya setiap kali menerima naskah daripada pihak produksi tempatan.


Gara-gara tawaran kurang menarik, Chew Kin Wah, 57, berkata dia lebih bersemangat mengembangkan karier di Indonesia kerana diberi peluang membawakan pelbagai jenis watak.




Foto: IG




"Di Indonesia, saya dapat tawaran untuk berlakon pelbagai jenis watak. Saya dapat watak jurulatih badminton dan berpeluang berlakon karya sastera di sana.


"Mungkin penulisan cerita di sini belum berkembang seperti di sana tapi sekarang, saya tak tahu! Seperti yang anda tahu, filem atau drama di sini ada pecahan mengikut bangsa.


"Kalau dalam karya tempatan, watak yang saya akan bawa contohnya adalah tauke kedai runcit. Itu sahaja. Saya akui memang banyak kecewa tapi sebab nak cari makan saya buat sahaja," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Kin Wah mengakui bayaran upah diterima di Indonesia sememangnya berbaloi dan lumayan namun dia juga perlu menitikberatkan beberapa perkara lain sebelum meneruskan karier di sana.




Foto: mStar




"Bayaran berlakon di Indonesia memang lumayan tetapi harus diingat kos sara hidup di sana juga sangat tinggi.


"Kos makan makan minum juga mahal daripada Malaysia. Cukainya sangat tinggi. Jadi, kita kena merancang dengan betul segala perbelanjaan di sana. Nak makan dan menginap dekat mana... semua kena ambil kira," katanya lagi.


Meskipun terima banyak dari negara seberang, Kin Wah memberitahu lebih selesa berkerja di Malaysia memandangkan dia dikelilingi rakan dan juga keluarga.


"Sudah tentu saya lagi suka berkerja di Malaysia. Keluarga dan kawan-kawan saya semua ada di sini. Malaysia tanah tumpah darahku. Saya hanya pergi ke Indonesia jika menerima tawaran kerja. Tapi ramai produksi beranggapan saya menetap di Indonesia sebenarnya tidak, saya masih lagi pemegang passport merah," jelasnya.


Berkongsi tentang pengalamannya berkerjasama dengan produksi luar, Kin Wah bersyukur apabila berpeluang berkerjasama dengan ramai pihak yang baik dan membantu mempermudahkan urusannya di sana.


"ada saya sama sahaja, ada baik dan buruknya. Ada production house yang sangat bagus begitu juga sebaliknya. Saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk berkerja dengan production house yang baik-baik semuanya.


"Untuk projek tempatan iaitu drama Legenda Puteri Qaseh, ini kali pertama saya berlakon di saluran Astro Ceria. Mungkin sebab muka saya bengis sebab itu saya dapat watak antagonis. Bagi saya ini satu cabaran yang baharu dan saya menerimanya," ujarnya.


Selain Kin Wah, drama Legenda Puteri Qaseh turut menampilkan, Datuk Yusry, Datin Lisa Surihani, Norman Hakim, Aziz M Osman, Rasrina Karim dan Chelsia Ng. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 11:44 AM | Show all posts
dia ni islam kan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 12:00 PM | Show all posts
i suke die dlm the bridge, jadi scammer yg perdagang organ. hidup2 org maid indon kene tebok nk jantong. peh crazyyy
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 01:20 PM | Show all posts

Yes islam ,
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 01:34 PM | Show all posts
last aku tengok dia jadi pak menakan jebat..yang nanas berlakon tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah tgk klip movie dia berlakon Susi Susanti: Love All
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2023 02:15 PM | Show all posts
dia ada berlakon dalam My stupid Boss juga kan? baru tau dia islam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 02:50 PM | Show all posts
"Untuk projek tempatan iaitu drama Legenda Puteri Qaseh, ini kali pertama saya berlakon di saluran Astro Ceria. Mungkin sebab muka saya bengis sebab itu saya dapat watak antagonis. Bagi saya ini satu cabaran yang baharu dan saya menerimanya," ujarnya.


Baru tengok cite ni dgn anak semalam, ingat org baik2, rupanya antoganis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 03:11 PM | Show all posts
tapi muka dia mmg muka tauke kedai runcit la
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 10-1-2023 01:20 PM
Yes islam ,

Oooo...muslim ye...br tau
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
baru first time dengar org citer kos sara hidup dekat indonesia tinggi. Ingatkan lagi murah dari dekat sini.

Tapi maybe sana dorang tax kaw2 kot warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 07:30 AM | Show all posts
heythere123 replied at 10-1-2023 06:01 AM
baru first time dengar org citer kos sara hidup dekat indonesia tinggi. Ingatkan lagi murah dari dek ...



kawasan bandar kot ..kawasan kampung murah jer.


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 08:35 AM | Show all posts
ok la tu dpd xda job khuen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.242593 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list