Keletihan diusung menggunakan kain sarung sejauh 7 kilometer ke pusat kesihatan, seorang wanita bersama bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas bersalin.
Wanita hamil yang merupakan penduduk kampung Kariango, di Lembang, Pinrang di Sulawesi Selatan, Indonesia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Hospital Lasinrang Pinrang, Dr Moh Inwan Ahsan berkata, keadaan wanita itu lemah sebaik tiba di hospital. "Dia dalam keadaan pucat ketika tiba di hospital pada petang Jumaat (6 Januari). Dia dalam keadaan lemah sebelum bersalin," Moh Inwan dipetik sebagai berkata, dalam laporan Tribunnews.com.
Menurut Inwan, pasukan doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound mendapati bayi dalam kandungan telah pun meninggal dunia. Wanita itu kemudian menjalani rawatan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana pendarahan dalam rahim, bagaimanapun meninggal dunia pada Sabtu. Lokasi kediaman wanita itu terletak di kawasan terpencil dan berbukit, menyebabkan kenderaan empat roda sukar untuk memasuki kampungnya. Selain itu, kekurangan kemudahan kesihatan dan keadaan jalan raya yang buruk menghalang penduduk setempat daripada menerima perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya. Menurut seorang bidan Kampung Kariango yang turut mengiringi wanita itu, dia bersama penduduk terpaksa berjalan kaki selama tiga jam dan jarak 7 kilometer untuk ke Kampung Bakaru. - CARI Sumber: mStar/Kompas
|
ADVERTISEMENT