CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 1

Tiga Jam Diusung Jalan Kaki Dari Rumah Ke Hospital, Ibu Dan Bayi Mati Sebab Keletihan

[Copy link]
Post time 10-1-2023 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Keletihan diusung menggunakan kain sarung sejauh 7 kilometer ke pusat kesihatan, seorang wanita bersama bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas bersalin.


Wanita hamil yang merupakan penduduk kampung Kariango, di Lembang, Pinrang di Sulawesi Selatan, Indonesia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Bagaimanapun, Ketua Pengarah Hospital Lasinrang Pinrang, Dr Moh Inwan Ahsan berkata, keadaan wanita itu lemah sebaik tiba di hospital.





Foto: Kompas





"Dia dalam keadaan pucat ketika tiba di hospital pada petang Jumaat (6 Januari). Dia dalam keadaan lemah sebelum bersalin," Moh Inwan dipetik sebagai berkata, dalam laporan Tribunnews.com.


Menurut Inwan, pasukan doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound mendapati bayi dalam kandungan telah pun meninggal dunia.


Wanita itu kemudian menjalani rawatan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kerana pendarahan dalam rahim, bagaimanapun meninggal dunia pada Sabtu.


Lokasi kediaman wanita itu terletak di kawasan terpencil dan berbukit, menyebabkan kenderaan empat roda sukar untuk memasuki kampungnya.


Selain itu, kekurangan kemudahan kesihatan dan keadaan jalan raya yang buruk menghalang penduduk setempat daripada menerima perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya.


Menurut seorang bidan Kampung Kariango yang turut mengiringi wanita itu, dia bersama penduduk terpaksa berjalan kaki selama tiga jam dan jarak 7 kilometer untuk ke Kampung Bakaru. - CARI


Sumber: mStar/Kompas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2023 08:12 AM | Show all posts
aduhai sian sungguhla org2 xbnasib baik macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.318363 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list