Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pentadbiran negeri yang dipimpin parti itu mengalami kesukaran apabila dihalang dengan pelbagai cara dan penentangan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.
Menurut beliau, walaupun Pas mentadbir dengan kuasa yang sangat terbatas dan tindakan kerajaan persekutuan itu jelas membelakangi konsep federalisme dan adab demokrasi diamalkan di negara Barat yang menjadi rujukan mereka. "Negeri (ditadbir Pas) tetap disusahkan dengan berbagai-bagai cara, halangan dan penentangannya yang nyata dan tersembunyi," katanya menerusi ruangan Minda Presiden di Facebook rasminya, pada Isnin. Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, tidak menghairankan apabila berlaku penubuhan kerajaan di luar tabii demokrasi pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun Pas berjaya mendapat jumlah kerusi terbesar.
Katanya, Pas sudah berusaha bersama dalam PN yang disertai pelbagai parti yang tidak ekstrem untuk menubuhkan kerajaan campuran mengikut prosesnya tanpa Pas menjadi pemimpin utama. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak hairan dengan tindakan parti politik yang menentang Islam seperti DAP yang kini bertukar nada dengan tidak bersuara secara terang-terangan. Abdul Hadi berkata, parti politik berkenaan juga kini bergabung dengan kumpulan liberal daripada segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan media, tanpa batas akhlak dan halal haram. Beliau berkata, sikap permusuhan terhadap Islam terus membara sejak zaman awal sehingga zaman penjajahan dan ia berterusan sehingga kini. "Sehinggakan timbulnya fanatik perkauman yang mencipta berbagai-bagai ideologi bersama fanatik nasionalisme, cauvinisme, sama ada kiri atau kanan," katanya. Beliau menegaskan orang Islam ketika mereka kuat dengan berkuasa, tidak pernah sekali-kali berdendam apabila mendapat kemenangan. Sebaliknya, katanya, mereka tetap bersikap pemaaf, bersabar dan membawa konsep tiada paksaan dalam beragama serta adil kepada semua termasuklah bersedia menerima sesiapa saja dalam masyarakat majmuk. Beliau berkata, sekiranya ada negara Islam yang diizinkan mengamalkan demokrasi, namun negara itu tetap diharamkan Islam daripada berkuasa mengambil alih kerajaannya. Sumber: Sinar Harian
|
cmf_premierleag replied at 10-1-2023 07:26 AM
Akak baru tahu yg eddy awang ni mmg diharamkan masuk ke Arab Saudi dan negara2 middle east yg lain s ...
ADVERTISEMENT