CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 18

Islam Dilarang Bernegara - Hadi Awang

[Copy link]
Post time 9-1-2023 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pentadbiran negeri yang dipimpin parti itu mengalami kesukaran apabila dihalang dengan pelbagai cara dan penentangan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.


Menurut beliau, walaupun Pas mentadbir dengan kuasa yang sangat terbatas dan tindakan kerajaan persekutuan itu jelas membelakangi konsep federalisme dan adab demokrasi diamalkan di negara Barat yang menjadi rujukan mereka.




FB Hadi




"Negeri (ditadbir Pas) tetap disusahkan dengan berbagai-bagai cara, halangan dan penentangannya yang nyata dan tersembunyi," katanya menerusi ruangan Minda Presiden di Facebook rasminya, pada Isnin.


Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, tidak menghairankan apabila berlaku penubuhan kerajaan di luar tabii demokrasi pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun Pas berjaya mendapat jumlah kerusi terbesar.


Katanya, Pas sudah berusaha bersama dalam PN yang disertai pelbagai parti yang tidak ekstrem untuk menubuhkan kerajaan campuran mengikut prosesnya tanpa Pas menjadi pemimpin utama.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak hairan dengan tindakan parti politik yang menentang Islam seperti DAP yang kini bertukar nada dengan tidak bersuara secara terang-terangan.


Abdul Hadi berkata, parti politik berkenaan juga kini bergabung dengan kumpulan liberal daripada segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan media, tanpa batas akhlak dan halal haram.


Beliau berkata, sikap permusuhan terhadap Islam terus membara sejak zaman awal sehingga zaman penjajahan dan ia berterusan sehingga kini.


"Sehinggakan timbulnya fanatik perkauman yang mencipta berbagai-bagai ideologi bersama fanatik nasionalisme, cauvinisme, sama ada kiri atau kanan," katanya.


























Beliau menegaskan orang Islam ketika mereka kuat dengan berkuasa, tidak pernah sekali-kali berdendam apabila mendapat kemenangan.


Sebaliknya, katanya, mereka tetap bersikap pemaaf, bersabar dan membawa konsep tiada paksaan dalam beragama serta adil kepada semua termasuklah bersedia menerima sesiapa saja dalam masyarakat majmuk.


Beliau berkata, sekiranya ada negara Islam yang diizinkan mengamalkan demokrasi, namun negara itu tetap diharamkan Islam daripada berkuasa mengambil alih kerajaannya.




FB Hadi






Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bising lah
Time ada kuasa senyap
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 11:49 PM | Show all posts
ale utoh !!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 11:50 PM | Show all posts
kipidap eddie marang!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 02:53 AM | Show all posts
apalagi tuan haji, sila la batalkan kerakyatan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 07:15 AM | Show all posts
Masa ada peluang tak guna..tapi kelantan, kedah dan terengganu dibawah PAS..mohon tadbir denga baik dan majukan agar tidak perlu menunggu bantuan kerajaan persekutuan...duit tu campur denga duit yang diragui halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2023 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa jadi duta timur tengah tu wakil bernegara atau apa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak baru tahu yg eddy awang ni mmg diharamkan masuk ke Arab Saudi dan negara2 middle east yg lain sbb digelar terrorist
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh ganti Mahathir dalam bab mengomel. Maklumlah begitulah perangai orang tua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap tak serupa bikin
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dodol terkesima dgan eddy bawang yg hampir setiap hari pos kenyataan2 bersifat membenci dan menimbulkan perpecahan tanpa disiasat oleh pihak berkuasa. Dodol harap eddy bawang menerima balasan setimpal atas segala kata keji heshe.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 07:47 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-1-2023 07:26 AM
Akak baru tahu yg eddy awang ni mmg diharamkan masuk ke Arab Saudi dan negara2 middle east yg lain s ...

irony nya pnh diletakkan sbg duta sek2 sano



Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 07:53 AM | Show all posts
dah dapat mentadbir beberapa negeri teruskanlah mentadbir untuk supaya ada pembangunan... ni nak berpolitik sahaja tapi fokusnya bukan pasal dasar..  fokusnya cuma tak puas hati sebab dia tak jadi pm
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 08:47 AM | Show all posts
tak boleh bayang dia ni pimpin malaysia
tah apa jadi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sehinggakan timbulnya fanatik perkauman yang mencipta berbagai-bagai ideologi bersama fanatik nasionalisme, cauvinisme, sama ada kiri atau kanan," katanya.

Fanatik agama terlupa ka? Normal la fanatik mana nak mengaku fanatik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:03 AM | Show all posts
sapa lah yg undi dia ni masa pru..  asyik jd batu api je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
auwww dah nape uols panggil dia eddy??? newyorker sgt segan plak baca

mcm2 hal laa, pungpang2 cuba la jaga area marang tu bg elok sikit. majukan industri pelancongan, dari dok merempan tak sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:13 AM | Show all posts
TAPI ENCIK EDDY DAN KRONI KRONI MUNG semuaaaaaaaaaaaa kaya raya ye walaupun tak diberikan peluang.......... bagaimanakah ituuuuu????
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:17 AM | Show all posts
parti PAS ni semacam gerakan porno dah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.099642 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list