CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Patah Riuk Terjun Bangunan Sekolah Belum Sedarkan Diri

9-1-2023 09:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 749| Komen: 1

Pelajar lelaki yang cedera parah selepas terjun dari bangunan sekolahnya pada Jumaat lalu masih belum sedarkan diri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang memberitahu pelajar berkenaan patah tulang pinggul, peha kiri dan tangan kanan selain rahang patah serta luka di rahang.



WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF

“Selain itu, kami juga sudah merakam percakapan tujuh saksi iaitu dua guru dan lima pelajar,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya sejak dimasukkan ke hospital itu empat hari lalu.


Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini cedera parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya.

Difahamkan, pelajar berkenaan dilaporkan pernah mengalami kemurungan ketika berada di sekolah malah, turut mengikuti beberapa sesi bimbingan dan kaunseling dari pihak sekolah.

Pihak sekolah juga memaklumkan, pelajar itu juga pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Serdang kerana memakan ubat panadol sebanyak 38 biji. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 9-1-2023 11:51 PM
btol2 nk bunuh diri la ni..tp nk buat cmne belum masanya lg..kesian sbb maybe will to live die da xde

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.112096 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top