CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 1

Pelajar Patah Riuk Terjun Bangunan Sekolah Belum Sedarkan Diri

[Copy link]
Post time 9-1-2023 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar lelaki yang cedera parah selepas terjun dari bangunan sekolahnya pada Jumaat lalu masih belum sedarkan diri.


Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang memberitahu pelajar berkenaan patah tulang pinggul, peha kiri dan tangan kanan selain rahang patah serta luka di rahang.




WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF





“Selain itu, kami juga sudah merakam percakapan tujuh saksi iaitu dua guru dan lima pelajar,” katanya ketika dihubungi.


Katanya, pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya sejak dimasukkan ke hospital itu empat hari lalu.


Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini cedera parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya.


Difahamkan, pelajar berkenaan dilaporkan pernah mengalami kemurungan ketika berada di sekolah malah, turut mengikuti beberapa sesi bimbingan dan kaunseling dari pihak sekolah.


Pihak sekolah juga memaklumkan, pelajar itu juga pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Serdang kerana memakan ubat panadol sebanyak 38 biji.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
btol2 nk bunuh diri la ni..tp nk buat cmne belum masanya lg..kesian sbb maybe will to live die da xde
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.111262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list