Gelagat seorang penunggang motosikal menarik perhatian ramai apabila lelaki itu berlari ke hulu hilir selepas dikejar anggota polis trafik. Berdasarkan video dimuat naik @aemieruls_ di media sosial, lelaki terbabit kelihatan begitu panik dan takut sehingga dia hampir mahu terjun dari atas sebuah lebuh raya.
“Boleh pula dia bermain kejar-kejar dengan polis,” katanya menerusi ruangan kapsyen. Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan gelagat individu yang kalut melarikan diri itu. “Sejurus memandang ke bawah, secara tidak langsung terbatal niat hendak terjun,” ciap seorang pengguna, @thefarahwany. “Sesuai dengan lagu TikTok yang tular, ‘semakin ku kejar, semakin kau jauh’,” seloroh @matchaxjaehyun pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT