Oleh Izzah Abbasy
Wanita pasti malu apabila tapak tangan kasar. Namun, janganlah rendah diri, tapak tangan kasar tandanya rajin. Kalau inginkan tapak tangan kembali lembut dan halus, jom rajinkan amal petua nenek moyang kita. Tapak tangan anda perlu dirawat dan dibelai agar kulit sentiasa sihat, halus dan lembap. Kali ini kita bongkar kebaikan alam semula jadi untuk merawat tapak tangan yang kasar. 1. Lendir Lidah Buaya Potong lidah buaya kepada dua bahagian, ambil lendirnya dan gosok pada tapak tangan. Jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit gatal atau iritasi. Biarkan sehingga lendir lidah buaya kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini tiga kali seminggu. 2. Kopi Haluskan Kulit Gunakan hampas kopi untuk menggosok tapak tangan. Hampas kopi bertindak sebagai skrub yang bukan sahaja membuang kotoran malah melembutkan tapak tangan dan meninggalkan bau harum. Lakukan sekerap mungkin. 3. Masker Kentang Kupas kentang, basuh sehingga bersih. Kemudian kisar atau parut sehingga kentang halus. Oles pada tapak tangan. Biarkan selama 20 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Akhiri dengan penggunaan losen tangan. Kulit akan menjadi gebu dan menawan. 4. Manfaat Susu Cair Masukkan susu cair ke dalam air panas, kemudian rendam tangan selama 10 hingga 15 minit. Khasiat yang terkandung di dalam susu ini akan membuatkan kulit menjadi cerah, tapak tangan lebih lembut. 5. Rahsia Limau Nipis Belah limau nipis kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan pada tapak tangan. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Pastikan tangan anda tidak luka kerana perahan limau nipis akan menyebabkan bahagian tercedera perit dan sakit. 6. Minyak Kelapa & Zaitun Sapukan minyak kelapa pada tangan atau tubuh yang kering dan kasar. Gosokkan secara perlahan-lahan, kemudian biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih, jangan gunakan sabun. Biarkan sisa minyak kelapa atau minyak zaitun pada tangan kerana ini membantu melembapkan kulit dan menjadikan tapak tangan halus. Sebaik-baiknya lakukan petua ini sebelum tidur. 7. Garam Bukit Masukkan garam bukit di dalam air suam, boleh juga ditambah minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih baik. Kemudian rendam tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air sejuk. Akhiri dengan penggunaan losen tubuh. Air garam bukit merawat bahagian bermasalah, membuang toksin, kotoran dan menyingkirkan sel kulit mati. Kulit akan tampak bersih, cerah dan tapak tangan menjadi semakin halus. Mudah sahaja jika mahu jaga kulit wanita, janji anda amal dan guna dengan cara yang betul. Selamat mencuba! - CARI Infonet Sumber info : mingguanwanita
|
21
Bagus |
49
Marah |
9
Terkejut |
19
Sedih |
30
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT