CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3177|Reply: 2

7 Bahan Alami Lembutkan Tapak Tangan Wanita

[Copy link]
Post time 10-9-2015 06:18 PM | Show all posts |Read mode
       

Siapa kata zaman muda remaja sahaja tapak tangan akan halus? Selepas berumah tangga pun boleh lembut dan halus kalau rajin amal petua nenek moyang kita.


        Tapak tangan anda perlu dirawat dan dibelai agar kulit sentiasa sihat, halus dan lembap. Kali ini kita bongkar kebaikan alam semula jadi untuk merawat tapak tangan yang kasar.


        1. Lendir Lidah Buaya        Potong lidah buaya kepada dua bahagian, ambil lendirnya dan gosok pada tapak tangan. Jangan sampai terkena kulit lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit gatal atau iritasi. Biarkan sehingga lendir lidah buaya kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini tiga kali seminggu.


        2. Kopi Haluskan Kulit        Gunakan hampas kopi untuk menggosok tapak tangan. Hampas kopi bertindak sebagai skrub yang bukan sahaja membuang kotoran malah melembutkan tapak tangan dan meninggalkan bau harum. Lakukan sekerap mungkin.


        3. Masker Kentang        Kupas kentang, basuh sehingga bersih. Kemudian kisar atau parut sehingga kentang halus. Oles pada tapak tangan. Biarkan selama 20 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Akhiri dengan penggunaan losen tangan. Kulit akan menjadi gebu dan menawan.


        4. Manfaat Susu Cair        Masukkan susu cair ke dalam air panas, kemudian rendam tangan selama 10 hingga 15 minit. Khasiat yang terkandung di dalam susu ini akan membuatkan kulit menjadi cerah, tapak tangan lebih lembut.


        5. Rahsia Limau Nipis        Belah limau nipis kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan pada tapak tangan. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Pastikan tangan anda tidak luka kerana perahan limau nipis akan menyebabkan bahagian tercedera perit dan sakit.


        6. Minyak Kelapa & Zaitun          Sapukan minyak kelapa pada tangan atau tubuh yang kering dan kasar. Gosokkan secara perlahan-lahan, kemudian biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih, jangan gunakan sabun. Biarkan sisa minyak kelapa atau minyak zaitun pada tangan kerana ini membantu melembapkan kulit dan menjadikan tapak tangan halus. Sebaik-baiknya lakukan petua ini sebelum tidur.

        7. Garam Bukit        Masukkan garam bukit di dalam air suam, boleh juga ditambah minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih baik. Kemudian rendam tangan anda selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air sejuk. Akhiri dengan penggunaan losen tubuh. Air garam bukit merawat bahagian bermasalah, membuang toksin, kotoran dan menyingkirkan sel kulit mati. Kulit akan tampak bersih, cerah dan tapak tangan menjadi semakin halus.



        Jimat dan hasilnya sangat berkesan dengan bau yang wangi. Mudah sahaja jika mahu jaga kulit wanita, janji anda amal dan guna dengan cara yang betul. Jom, cantik sama-sama!

MINGGUANWANITA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 12:39 AM | Show all posts
Selain tu guna gula pun berkesan juga...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2015 06:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.195745 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list