Baru-baru ini, tular rungutan seorang individu yang tidak puas hati kerana yuran bulanan kelas mengaji al-Quran dinaikkan. "Akhir zaman... guru Quran minta bayaran sampai RM200 sebulan, padahal tiga kali seminggu je. Susah nak cari guru Quran yang ikhlas macam zaman dulu-dulu untuk anak saudara," tulisnya.
Menerusi tangkapan skrin (screenshot) gambar yang tular di laman sosial, difahamkan 'luahan' tersebut dikongsikan di sebuah grup Facebook. Mungkin mengharapkan pandangannya dipersetujui rakan-rakan grup yang lain, namun kebanyakan ahli memberikan pandangan yang sebaliknya. Begitu juga di Twitter apabila majoriti warga laman sosial berkenaan bertindak menempelak individu tersebut.
Mereka berpendapat individu berkenaan tidak wajar membangkitkan atau mempertikaikan "Ingat belajar Quran ni belajar lekeh ke nak bayar murah-murah? Susah dah nak cari orang yang ikhlas memuliakan Ahlul Quran sekarang, bayar guru Quran pun berkira. "Zaman sekarang mana boleh free dah. RM200 tu kira murah dah tu. Kadang yang berkira ni kaya dah. "Apahal kena bayar pula? Niat mengajar kena ikhlas. Guru Quran kan bayar bil dan makanan pun guna niat?" sindir netizen. Bagi netizen, jumlah sedemikian dikira relevan dan berpatutan dengan sesi yang diajar oleh guru al-Quran berkenaan selama sebulan. Ini kerana guru tersebut memperuntukkan masanya dan menggunakan kemahirannya, selain kos-kos lain yang mungkin sudah diambil kira. "Cuba ajar Quran pada anak sendiri. Nak ajar makhraj huruf, tajwid. Baru tahu cabaran tu macam mana. Setiap kanak-kanak berbeza. Ada cepat tangkap, ada kena effort lebih. Jadinya janganlah berkira kalau kita ni mampu. Jangan berkira dengan ilmu!" komen salah seorang netizen. Dalam pada itu, ada yang melontarkan kata-kata berbaur perlian kepada ibu bapa yang berkira bab agama, tetapi tidak kisah berhabis wang untuk perkara lain. "Waktu kelas mengaji terus rasa papa kedana nak bayar. Yuran kelas muzik, tuisyen, berenang, sukan terlebih mampu pula. Iyalah, ustaz mengaji al-Quran biasanya beli barang dapur guna 'ikhlas' je. "Bagi duit anak pergi konsert, bayar bil telefon untuk main game tengok YouTube, langgan saluran televisyen semua tak berkira. Nak bagi duit belajar Quran berkira," komen mereka. -CARI Sumber: mStar Online
|
arasham replied at 8-1-2023 08:29 PM
Alhamdulillah.. tak pernah letakkan berapa nak bayar. Dari mula sampai khatam mmg tak pernah minta. ...
DARSITA replied at 9-1-2023 12:55 PM
Padai mengaji. Salute
Ada dua tiga forumers CARI yang pandai ajar anak sendiri mengaji. Untungla ...
arasham replied at 9-1-2023 12:29 PM
Alhamdulillah.. tak pernah letakkan berapa nak bayar. Dari mula sampai khatam mmg tak pernah minta. ...
ADVERTISEMENT