View: 2981|Reply: 56
|
"Padahal Tiga Kali Je Seminggu,"-Lelaki Merungut Yuran Belajar Al-Quran Mahal, RM200 Sebulan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular rungutan seorang individu yang tidak puas hati kerana yuran bulanan kelas mengaji al-Quran dinaikkan.
"Akhir zaman... guru Quran minta bayaran sampai RM200 sebulan, padahal tiga kali seminggu je. Susah nak cari guru Quran yang ikhlas macam zaman dulu-dulu untuk anak saudara," tulisnya.
Menerusi tangkapan skrin (screenshot) gambar yang tular di laman sosial, difahamkan 'luahan' tersebut dikongsikan di sebuah grup Facebook.
Mungkin mengharapkan pandangannya dipersetujui rakan-rakan grup yang lain, namun kebanyakan ahli memberikan pandangan yang sebaliknya.
Begitu juga di Twitter apabila majoriti warga laman sosial berkenaan bertindak menempelak individu tersebut.
Mereka berpendapat individu berkenaan tidak wajar membangkitkan atau mempertikaikan
"Ingat belajar Quran ni belajar lekeh ke nak bayar murah-murah? Susah dah nak cari orang yang ikhlas memuliakan Ahlul Quran sekarang, bayar guru Quran pun berkira.
"Zaman sekarang mana boleh free dah. RM200 tu kira murah dah tu. Kadang yang berkira ni kaya dah.
"Apahal kena bayar pula? Niat mengajar kena ikhlas. Guru Quran kan bayar bil dan makanan pun guna niat?" sindir netizen.
Bagi netizen, jumlah sedemikian dikira relevan dan berpatutan dengan sesi yang diajar oleh guru al-Quran berkenaan selama sebulan.
Ini kerana guru tersebut memperuntukkan masanya dan menggunakan kemahirannya, selain kos-kos lain yang mungkin sudah diambil kira.
"Cuba ajar Quran pada anak sendiri. Nak ajar makhraj huruf, tajwid. Baru tahu cabaran tu macam mana. Setiap kanak-kanak berbeza. Ada cepat tangkap, ada kena effort lebih. Jadinya janganlah berkira kalau kita ni mampu. Jangan berkira dengan ilmu!" komen salah seorang netizen.
Dalam pada itu, ada yang melontarkan kata-kata berbaur perlian kepada ibu bapa yang berkira bab agama, tetapi tidak kisah berhabis wang untuk perkara lain.
"Waktu kelas mengaji terus rasa papa kedana nak bayar. Yuran kelas muzik, tuisyen, berenang, sukan terlebih mampu pula. Iyalah, ustaz mengaji al-Quran biasanya beli barang dapur guna 'ikhlas' je.
"Bagi duit anak pergi konsert, bayar bil telefon untuk main game tengok YouTube, langgan saluran televisyen semua tak berkira. Nak bagi duit belajar Quran berkira," komen mereka. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
I think reasonable lah tu.
Jangan nak mempersoal orang ajar mengaji, hatta pak imam & ustaz bagi ceramah tu pernah tanya tak berapa kos dia sejam?
Bayaran tu untuk masa, kemahiran yang ada pada dia dan komitmen. Lagipun kelas persendirian 1v1. Memang patut pun lebih sikit.
Kalau nak harapkan macam dulu bagi gula/tepung gandum je dekat tok guru memang hmmm..
Kalau tak mampu ajar anak sendiri pun sebenarnya ada je kelas2 al-quran berkumpulan yang murah atau percuma dianjur oleh surau masjid kawasan masing2 tapi yelah mungkin parents pun tak bercampur dengan komuniti jangan kata ambil tahu pasal ni apatah lagi nak pergi berjemaah 
Kalau taknak hantar masjid/surau dekat rumah boleh pergi masjid besar2 di Klang Valley ni macam Masjid Wilayah, Masjid Putrajaya. Tapi penyertaan amat terhad, kena daftar awal lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 9-1-2023 11:36 AM
Astaghfirullah...apa punya pemikiran lah ni. Ko nk masuk syurga, tp kedekut nk wat pelaburan. Rm200 tu sgt2lah berpatutan. Kelas2 al quran professional ni ada syllabus dan teknik mereka sendiri. Mereka ada guru2, pekerja dan sewa yg harus dibayar. Ko berbelanja utk benda lain ko x berkira, tp ko kedekut dan berkira melabur utk dapatkan ilmu demi syurga dan keredhaan Allah yg ko idamkan. Kalo x mampu, byk je kelas2 al quran percuma di masjid2.
Bawah ni ada yg percuma online tp satu hala jelah
https://jomalquran.com/kelas-mengaji-online-percuma-free/ |
|
|
|
|
|
|
|
Nak masuk syurga sila kaya dulu sis. Orang miskin hina dina meh join akak masuk melaka darul restoran 35 sis.  |
|
|
|
|
|
|
|
melayu mentaliti subsidi dan mentaliti umno ini lah jadinya...semua nak free... |
|
|
|
|
|
|
|
Nk free ajar la sendiri. Takut tak reti la pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok le tu sebulan dh brp kali...ilmu akhirat takkan nk berkira kot |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu. RM200/12 classes baru RM17 satu class. Kalau nak free ajar le sendirik. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. tak pernah letakkan berapa nak bayar. Dari mula sampai khatam mmg tak pernah minta. Niatnya cari utk bekal kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab dia kira mcm ini.
Satu budak $200
10 Budak dah 2 ribu
20 budak?
Dia jaki la tu income tok guru mengaji free of tax.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersepah kelas2 mengaji percuma.Masjid2 mesti ada.
Cuma kalau malu cari la yg berbayar.
Kalau rasa kulit muka tebal masuk je yg percuma.
Tak payah merungut sangat pilihan bnyk. |
|
|
|
|
|
|
|
Padai mengaji. Salute
Ada dua tiga forumers CARI yang pandai ajar anak sendiri mengaji. Untunglah.
|
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 9-1-2023 12:55 PM
Padai mengaji. Salute
Ada dua tiga forumers CARI yang pandai ajar anak sendiri mengaji. Untungla ...
Alhamdulillah.. I belajar asalnya utk anak2. Now anak2 dah besar2 now kwn2 pulak minta talaqi dgn I. Seronok sbb kita sama2 belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau letak seikhlas hati ada yg bgi rm10/3 org anak.Mengaji 6x seminggu. Dah la sorang amik masa lama. Sebutan tak berapa betul. Maknya pulak seboleh mungkin nak anak alih muka surat setiap hari.
Lastnya arwah ayah ai pun malas nak ajar. Ajar anak sendiri aje. Mudah . Banyak komplen pergi cari org lain |
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 9-1-2023 12:29 PM
Alhamdulillah.. tak pernah letakkan berapa nak bayar. Dari mula sampai khatam mmg tak pernah minta. ...
uu ajar ngaji ke? Ade ajar online? nk Cari utk ank2 coz ustazah yg ajar sebelum nie da pencen ajar ngaji, haku ade jugak ajar ank2 ngaji iqra n muqqadam tp nnti da Naik alquran x berani nk ajar takut tajwid salah  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rikiruj at 9-1-2023 02:33 PM
Makan mcdonald sekali jalan 4-5 orang makan pun dah cecah rm100… itulah nilai ringgit sekarang ni. Rm200 takde mende bang, nak beli seafood kat pasar pun tak lepas |
|
|
|
|
|
|
|
iols salute org2 yg blh ajar anak mengaji.
iols alhamdulillah blh ajar tapi ajar anak sendiri aihhh laaa. aku baru naik suara sikit merembes2 airmata keluar. bkn pegang rotan pun. mak iols ckp i ajar bekeng namateyyy. dah suara tu mcm berbisik dlm kelambu caner la iols tak menaikkan volume suara. terpaksa la i anto bljr ngan ustazah. skrg ni wpun dah pindah ustazah pun rela ajar online. rm50/sebulan. 4x semgu. murah rezeki ustazah
tp anak neber i dulu ckp iols ajar baikkkk jah
kdg kalau blk kg mak iols ajar elok je dia ngaji. saje je perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Ajar anak sendiri lebey baik kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ajar baca sendiri boleh je kan. Sehari 30min. Aku baru ngajar anak2. Suruh hafal maksud skali faham2kn. Budak2 zaman skrg lain mcm cara pemikirannya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 9-1-2023 02:43 PM
Kelas ngaji anak iols rm250/bulan
4 kali je sebulan
Kalau tak datang takde kelas ganti.
Hat online je murah dlm RM60 utk 4 kali sebulan tu pun kejap je satu sesi
Tu pun iols ada ajar gak kat umah.
So bila masuk kelas mcm ulang kaji laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|