CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“I Call Him. I Cakap ‘Eh Syamel, Aku Ada Benda Nak Cakap..." Mengaku ‘Confess’ Dulu Dekat Syamel, Ramai Puji Ernie Zakri

9-1-2023 09:40 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3295| Komen: 18




Setiap pasangan yang bercinta pasti ada kisah tersendiri tentang bagaimana sesebuah perhubungan itu bermula dan siapa yang mula "confess" dulu untuk ke hubungan lebih serius.

Di platform TikTok, tular sebuah perkongsian yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel.

Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan terus meluahkan perasaannya.


“I call him. I cakap ‘eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa kau tak balas tak apa, aku ok je’,” katanya.


Namun apa yang menghiburkan hati ramai termasuk Ernie adalah respons yang diberi oleh penyanyi lagu Aku Cinta tersebut.

“Pastu dia macam ‘eh sabar lah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” seloroh Ernie.

Ernie mendedahkan perkara terbabit menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres Amelia Henderson.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa Ernie merupakan seorang yang berani kerana bukan semua wanita mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaan kepada orang yang disukai.



Memang berani dan sempoi juga Ernie ni. Kalau korang pula, masa awal-awal nak mula bercinta dulu siapa yang confess dulu?




Sekadar info, pasangan duet popular Syamel dan Ernie Zakri selamat bergelar sebagai suami isteri pada 26 Mac 2021. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darling0802 9-1-2023 04:35 AM
syamel dah tukar color rambut..elok hitam lagi cantik
Quote beta_carotene 9-1-2023 06:28 AM
awatlah syamel dah jadi mcm beruk salji @dudaberhias
Quote lee_sakura 9-1-2023 07:50 AM
aku pernah terserempak nan erni & syamel kt ho chi minh...masa tu syamel ikot family erni pi bercuti kt sana...nampak erni tergedik2 ngan syamel time tu...family pon relaks je xtegur tgk anak gitu tergedik2 gitu...
Quote lee_sakura 9-1-2023 07:50 AM
beta_carotene replied at 9-1-2023 06:28 AM
awatlah syamel dah jadi mcm beruk salji @dudaberhias

dh mcm yeti pon ada
Quote bluecrystal 9-1-2023 07:55 AM
aku pernah kata syamel ni handsome dulu..masa badan dia besar2 sikit dulu helok pada pandangan mata aku..sekarang kurus dengan rambut gitu..ok aku tarik balik kata2 aku
Quote sangbara2020 9-1-2023 09:11 AM
konon kurus rambut pun tuka kale?
Quote awanearisu 9-1-2023 09:12 AM
lagu duet mereka ada yang menghiburkan kita.
Quote talapia 9-1-2023 09:42 AM
dulu masa dorang duet selalu.. mmg nampak mcm suka sama suka.. tapi cover2.. nampak sekepala n sesuai..  tak sangka akhirnya kawin jua.. moga kekal hingga ke syurga..
Quote babelina 9-1-2023 10:08 AM
mcm memula dlm industri, Erni nmpk slow2, sopan2, cover2 jer.. dh ngn Syamel, dia mcm over.. nmpk gedik2 nye.. terus turn off aku ngn dia..
Quote babelina 9-1-2023 10:08 AM
mcm memula dlm industri, Erni nmpk slow2, sopan2, cover2 jer.. dh ngn Syamel, dia mcm over.. nmpk gedik2 nye.. terus turn off aku ngn dia..
Quote prince_marhaen 9-1-2023 10:35 AM
walaupun yerrnie kata shemale memang nonok vibes, awal2 jumpa sangat diva, shombong, siap bergaduh setahun gitteww...hujung2 nonok dah jadi ayah dah ye.. ehehehe
Quote dudaberhias 9-1-2023 10:37 AM
beta_carotene replied at 9-1-2023 06:28 AM
awatlah syamel dah jadi mcm beruk salji @dudaberhias

yihh apa nak jadi ni anak2 orang asli yang hilang dekat pos tohoi haritu lagi lawa herlokkk....
ni yang hidung jambu batu rnr alor pongsu jugak yang gigih nak kaler2 rambut
Quote akido_kido 9-1-2023 12:22 PM
Tak sesuai la syamel rambut macam tu.macam dah tak trend je color2 rambut ni.bini dah elok dah bertudung..
Quote Honey_Inara 9-1-2023 12:27 PM
Suka ernie..jenis bercakap teratur dan fikir dulu sebelum berkata2.. beza artis educated masuk U dengan yg tak..
Quote Pujangga22 9-1-2023 12:32 PM
ok lah berjodohan kan tak rugi confess
Quote TomyamPuteh 9-1-2023 12:44 PM
Buat apa nk malu mengaku benda baik.
Quote sleepandream 9-1-2023 12:52 PM
iols tengok mcm ok pulak warna rambut syamel tu... kurang karat sikit...
nampak genuine happy couple ni yach
Quote KirazMevsimi 9-1-2023 12:59 PM
moga terus bahagia

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.047271 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top