Satu hantaran tular di media sosial Singapura memaparkan pertanyaan seorang lelaki yang mahu mendapatkan nasihat setelah isterinya meminta dia berkahwin dengan rakan baik wanita berkenaan, lapor laman berita The Independent kelmarin.
Dalam catatan tanpa nama kepada halaman pengakuan popular SGWhispers, lelaki itu menulis: “Sekadar meminta pendapat dan nasihat di sini berkenaan keadaan saya.” Menurut lelaki tersebut, dia sudah mempunyai dua cahaya mata tetapi isterinya meminta dia berkahwin dengan rakan baik wanita itu yang sudah bercerai dan turut mempunyai dua orang anak. Tambah lelaki berkenaan, isterinya menjelaskan bahawa jika perkahwinan tersebut berlangsung, dia akan mempunyai seseorang untuk menjaganya. Selain itu, anak-anak rakannya juga akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Pada kebiasaannya, luah lelaki itu, golongan lelaki akan berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri masing-masing tetapi dia menghadapi situasi yang berbeza berbanding orang lain. Luahan tersebut mendapat perhatian netizen dengan ada yang menggesa dia mengikut kata hatinya untuk membuat keputusan. Namun, terdapat juga netizen yang berkata bahawa dia masih boleh membantu rakan baik isterinya tanpa perlu mengahwininya. Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 9-1-2023 09:29 AM
Try buat syarat the two madu dilarang dekat tengok dorang masih setuju x?
opie5662 replied at 9-1-2023 08:58 AM
Kalau di offer ira zakar mesti lelaki tu tak buntu dah [em:3:]
Decaffeinated replied at 9-1-2023 09:29 AM
Try buat syarat the two madu dilarang dekat tengok dorang masih setuju x?
Suchi replied at 9-1-2023 10:07 AM
Hahaha terpikir menda sama gak
Kalau kat page Love don’t judge tu bersepah2 kisah sprt
ADVERTISEMENT