Peningkatan jumlah kematian mendadak di kalangan figura terkenal China menyebabkan sebilangan besar rakyat di sana mempersoalkan angka rasmi kematian disebabkan COVID-19.
Memetik BBC, orang ramai mula mempertikaikan angka rasmi kematian akibat COVID 19 selepas kematian penyanyi opera terkenal, Chu Lanlan, bulan lalu. Namun begitu, punca kematian secara tiba-tiba penyanyi bersuara soprano berusia 40 tahun itu tidak didedahkan kepada orang ramai. Menurut Operawire, Chu Lanlan merupakan penyanyi berbakat Opera Peking iaitu teater seni di mana penghibur membuat persembahan menerusi pertuturan, lagu, tarian dan pergerakan pertempuran untuk bercerita termasuk persembahan untuk tujuan amal.
Selain Chu Lanlan, kematian Gong Jintang secara tiba-tiba turut mengejutkan penduduk China. Aktor berusia 83 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari lalu. Nama Gong menjadi terkenal selepas penampilannya drama bersiri TV paling lama ditayangkan di China bertajuk In-Laws, Out-laws. Punca kematiannya masih tidak jelas namun netizen mengaitkan dengan kematian warga emas yang sebaya dengan pelakon itu. Sementara itu, bekas wartawan dan professor pesara dari Universiti Nanjing, Hu Fuming, 87, dilaporkan meninggal dunia pada 2 Januari lalu. Dalam masa sama, kematian penulis skrip terkenal Ni Zhen, 84, juga menjadi bualan penduduk di China. Beliau terkenal dengan karyanya dalam filem Raise the Red Lantern yang ditayangkan pada 1991. Bulan lalu, China melonggarkan dasar 'Sifar-COVID-19' selepas ia secara tiba-tiba memansuhkan dasar sifar COVID 19 yang menyaksikan peningkatan kes secara mendadak. Terdapat laporan yang memberitahu bahawa hospital dan pusat pembakaran mayat menjadi sesak susulan peningkatan kes. China tidak lagi mengumumkan angka korban dan kes harian COVID-19 di seluruh republik itu sejak akhir Disember lalu. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) memaklumkan langkah terbaharu itu sekali gus menamatkan amalan yang dibuat sejak awal 2020. Sumber: AWANI
|
akmal replied at 6-1-2023 10:51 PM
Jack maa ada lg ke x
mojarean_X replied at 6-1-2023 10:55 PM
Dgr citer sembunyi di Jepun
sharlenetexas replied at 6-1-2023 11:08 PM
Kenapa china buru heols?
zarulnazmi replied at 7-1-2023 08:25 AM
china dah makin melampau. public figure yang meninggal pun tak nak didedahkan punca kematian. lepas ...
Belibis replied at 6-1-2023 09:54 PM
Umur 80 ..takkan masih dikira mati mengejut lagi..
grouper replied at 7-1-2023 08:54 AM
Agaknya kat cina sebelum ni bilangan org mati sehari dalam 10 org kot....
ADVERTISEMENT