Seorang suami yang ingin bernikah buat kali kedua di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama adalah sah di sisi agama. Menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ia kerana memberitahu isteri bukan sebahagian daripada syarat sah untuk berkahwin.
Bagaimanapun, jelasnya, sebagai seorang suami, dia perlu bertanggungjawab dan bersikap jujur kepada isterinya. “Kalau mengikut hukum, ia sah kerana tiada keperluan untuk beritahu isteri. Hanya cukup rukun dan syarat. “Cuma kita sebagai manusia yang bertanggungjawab, kalau termakan budi dengan orang, (maka) jangan berbohong,” katanya dalam satu sesi ceramahnya di media sosial.
Azhar berkata, seorang isteri mempunyai banyak budinya dengan suami sehingga sanggup berpisah dengan keluarganya. “Dia sanggup tinggalkan kampung lamannya untuk menemani hidup kita. Tiba-tiba kita menipu dia. Jadi perkara itu tak kena. “Kita bukan sahaja berbohong dengan bini pertama, dengan bini muda pun kita akan berbohong. Itulah keterlanjuran daripada perkahwinan yang silap,” ujarnya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
nolya replied at 6-1-2023 08:59 PM
Memang betullah kata ustaz tu. Tapi kenapa suami tak nak berlaku jujur memberitahu bahawa dia sudah ...
asmurai replied at 7-1-2023 04:45 AM
That’s why perempuan kalau tak mau bermadu masa kahwin buat taklik suruh suami lafaz siap siap kala ...
little_sis replied at 7-1-2023 06:31 AM
So kalo mcm tu kenapa kawin kat siam, kawin je la dpn mata bini pertama kalau dah mmg berpegang pada ...
CikNano replied at 7-1-2023 02:13 AM
Jgn jadi mcm makcik aku, sedar² kena serang dgn family 2nd wife husband dia..pdhal makcik aku ni xt ...
asmurai replied at 7-1-2023 04:45 AM
That’s why perempuan kalau tak mau bermadu masa kahwin buat taklik suruh suami lafaz siap siap kala ...
sharfox replied at 6-1-2023 11:50 PM
Ikut hukum mmg la x salah nikah tak bgtau isteri pertama tapi tanggungjawab suami utk berlaku adil t ...
ADVERTISEMENT