CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4084|Reply: 71

Tiada Keperluan Beritahu Isteri, Nikah Di Thailand Senyap-senyap Adalah Sah

[Copy link]
Post time 6-1-2023 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suami yang ingin bernikah buat kali kedua di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama adalah sah di sisi agama.


Menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, ia kerana memberitahu isteri bukan sebahagian daripada syarat sah untuk berkahwin.


Bagaimanapun, jelasnya, sebagai seorang suami, dia perlu bertanggungjawab dan bersikap jujur kepada isterinya.




Gambar hiasan/Remaja




“Kalau mengikut hukum, ia sah kerana tiada keperluan untuk beritahu isteri. Hanya cukup rukun dan syarat.


“Cuma kita sebagai manusia yang bertanggungjawab, kalau termakan budi dengan orang, (maka) jangan berbohong,” katanya dalam satu sesi ceramahnya di media sosial.


Azhar berkata, seorang isteri mempunyai banyak budinya dengan suami sehingga sanggup berpisah dengan keluarganya.


“Dia sanggup tinggalkan kampung lamannya untuk menemani hidup kita. Tiba-tiba kita menipu dia. Jadi perkara itu tak kena.


“Kita bukan sahaja berbohong dengan bini pertama, dengan bini muda pun kita akan berbohong. Itulah keterlanjuran daripada perkahwinan yang silap,” ujarnya.




Sumber: KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 08:59 PM | Show all posts
Memang betullah kata ustaz tu.  Tapi kenapa suami tak nak berlaku jujur memberitahu bahawa dia sudah beristeri lagi dn akan mempunyai anak juga.  Tup-tup mati mengejut, terkejutlah isteri pertama ada  keluarga lain ikut ziarah kematian dn kemudian harta peninggalan harus difaraidkan sama. Tu je maslahatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:50 PM | Show all posts
Ikut hukum mmg la x salah nikah tak bgtau isteri pertama tapi tanggungjawab suami utk berlaku adil tu yg x sampai. Bila suami meninggalkan isteri untuk bersama isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertama, maka dia dah berlaku zalim. Kata la dia spent 3 hari dengan 2nd wife dan balik spent pulak seminggu dgn 1st wife....dia dah zalim pada 2nd wife. Begitu jugak sebaliknya. Bila 1st wife ada kereta dan rumah banglo, dia kena buat yg sama pada 2nd wife. Wooiiiiii....bukan senang nak adil wooooooo....nak cret senang tapi bila nak adil tu perghhhhhh....kalo rumah 1st wife kurang sekotak coco crunch berbanding rumah 2nd wife pun ...suami kena tanggung sbb x adil. UAI boleh la cerita...bini dia pun bukan sorang. Tu pasal boleh ckp x wajib bgtau isteri bila nak kawin lain. Kalau tgk yg berpoligami ni pun mmg rata2 golongan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn jadi mcm makcik aku, sedar² kena serang dgn family 2nd wife husband dia..pdhal makcik aku ni xtahu yg laki dia kahwin lain. konon makcik aku tamak haloba xnak share harta suami dgn bini muda pdhl makcik aku ni mmg sejak azali taitai nk dibandingkan laki dia xseberapa sgt..rumah banglo berpuluh ada & dgn kereta skali..yg kelakarnya minta sama byk apa yg makcik aku ada..dh tu ko minta dkt laki ko miskin tu..apahal pulak nk minx dkt makcik aku hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 6-1-2023 08:59 PM
Memang betullah kata ustaz tu.  Tapi kenapa suami tak nak berlaku jujur memberitahu bahawa dia sudah ...

Tmpt keja aku baru je berlaku benda nih tau....yg bini pertama tau pun lepas si laki dah mati...kena dtg opis sbb nk setel hal duit bersara suami pastu tetiba diberitahu dapat half je sbb laki ada 2 bini... terkejut kakak tu...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
That’s why perempuan kalau tak mau bermadu masa kahwin buat taklik suruh suami lafaz siap siap kalau kahwin lagi terus jatuh talak 1.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2023 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 7-1-2023 04:45 AM
That’s why perempuan kalau tak mau bermadu masa kahwin buat taklik suruh suami lafaz siap siap kala ...

Boleh buat mcm ni ka?
Baguih la..

Kisah uai ni psl sol2 ka apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
So kalo mcm tu kenapa kawin kat siam, kawin je la dpn mata bini pertama kalau dah mmg berpegang pada hak seorg suami boleh kawin lebih dari satu tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2023 06:48 AM | Show all posts
little_sis replied at 7-1-2023 06:31 AM
So kalo mcm tu kenapa kawin kat siam, kawin je la dpn mata bini pertama kalau dah mmg berpegang pada ...

Syarat utama poligami jabatan agm kna ada izin isteri pertama. Tader tak voley nikah yer. Proses dia renyah so ramai yg malas. Lg senang p nikah kt siam,blk sini byq denda & daftar kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg sah, tapi undang2 bole buat utk denda/penjara mereka2 yg nikah di siam. Rasanya mmg da ada undang2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki tak bertanggungjawab ..bodoh pulak tu. Kau kahwin lagi satu tak bagitau isteri pertama. Tapi bila kau daftarkan 2nd marriage dah jadi tanggungjawab Jawi utk bagitau isteri pertama kau. Pastu kau meroyan cakap fitnah nak saman Jawi. Last2 kena lah bagitau citer sebenar. Kau serabut dah sebenarnye kan.   Satu Malaysia tau perangai jijik n bodoh kau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Only in Malaysia.....undang2 islam perlu ke mintak kebenaran isteri?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg la tak salah disisi agama tapi disisi undang2 malaysia. duk je kat siam jgn balik kalau camtu, lagipon tak gentleman la kawin senyap2, contohi khalid samad naik mahkamah buat permohonan hoccay baru kawin no 2!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
CikNano replied at 7-1-2023 02:13 AM
Jgn jadi mcm makcik aku, sedar² kena serang dgn family 2nd wife husband dia..pdhal makcik aku ni xt ...

Laki dia menipu la tu masa nk berbini muda..
Konon kaya mampu poligami..padahal menumpang rete bini
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Isunya kahwin Siam halal la kiranya. Balik msia bayar denda setel. Move on. Isu laki x bertanggungjawab ke x gentle ke topik lain nak buka 100 benang pun boleh. Patut la ramai laki nak bermadu bila pompuan suka cari pasal gaduh benda remeh temeh lari point plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tmpt keje laki iols
Benefit dia tu siap ada list
Ada tulis first legal wife..
Iols tanya laki iols..eh eh staff sana ada ya g kawen dua ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 7-1-2023 04:45 AM
That’s why perempuan kalau tak mau bermadu masa kahwin buat taklik suruh suami lafaz siap siap kala ...

Mcm pilem ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu kembang kempis dadaku merungkai butir cinta
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sharfox replied at 6-1-2023 11:50 PM
Ikut hukum mmg la x salah nikah tak bgtau isteri pertama tapi tanggungjawab suami utk berlaku adil t ...

Ko dh baca smpai abis ke apa yg IAI cakap tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul betul
Buat apa nak minta izin atau nak jaga hati first wife kan..bukan wife ada perasaan pun
Kita perempuan semua takde hati. Main2kan la hati kami sbb kawin banyak tu sah je tak salah disisi hukum. Kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 09:48 AM | Show all posts
Semuanya berbalik kepada perempuan tu sendiri. Sol punya tenang gini pun boleh madukan Sarah, mestilah ada something wrong somewhere. Kalau semuanya okay dari mula, takkan lah Sol nak buat benda macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.091055 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list