CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Besarnya Betik," Jadi Mangsa Lawak Lucah, Rakan Artis Pun Selalu Body Shaming Bella Dowana

6-1-2023 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7482| Komen: 49

Jenaka lucah atau sindiran fizikal (body shaming) berbaur seksual bukan lagi satu perkara asing buat pelakon muda, Bella Dowana.

Akui pelakon Budak Tebing itu, dia menjadi sasaran gurauan berbaur seksual hanya disebabkan bentuk badannya yang  lebih berisi berbanding pelakon lain.


Dedah pelakon berusia 20 tahun itu, perkara tersebut berlaku apabila terdapat kru penggambaran sebuah drama menyindir bentuk badannya dengan ayat-ayat ‘jahat’ yang berbaur lucah.

Foto: IG

“Saya pernah disindir dengan jenaka ‘double meaning’ oleh kru yang saya sifatkan sebagai jahat. Mereka sedang berbual dan berkata ‘besarnya betik’ ketika saya lalu di hadapan mereka. Maksudnya apa?

“Ibu saya yang dengar dan cakap pada saya,” katanya kepada Kosmo! Online.



Ujar Bella atau nama lengkapnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim lagi, bentuk fizikalnya yang berisi sudah kerap dijadikan bahan lawak sejak dahulu, bukan sahaja daripada netizen, bahkan rakan-rakan artis.

“Saya memang kerap mengalami perlecehan tentang fizikal sejak dahulu. Bukan sahaja daripada netizen, bahkan daripada rakan artis.



“Mereka mungkin bergurau, tetapi sebenarnya perkara tersebut agak sensitif dan menyakitkan hati. Kadang-kadang saya buat-buat tak dengar sahaja,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang perasan apabila bentuk fizikalnya sering menjadi bahan jenaka, Bella masih bertenang dan menganggap ‘hinaan’ sedemikian sebagai motivasi untuk menurunkan berat badan.



Buat masa sekarang, pelakon filem M4M4 itu bagaimanapun tidak menjadikan agenda menguruskan badan sebagai keutamaan, sebaliknya mahu berseronok menikmati usia remaja.

“Saya masih muda. Jadi saya hanya mahu berseronok. Untuk kuruskan badan bukan keutamaan saya.

“Cuma untuk tahun 2023 ini, saya memang berazam untuk turunkan sedikit berat badan. Sebab saya sasarkan untuk dapat pegang watak heroin dalam drama.


“Saya fikir mungkin faktor fizikal menjadi salah satu sebab saya masih tidak ditawarkan memegang watak heroin dalam drama,” ujar Bella.

Ditemui usia sidang media drama terbaharu, Legenda Puteri Qaseh di sini semalam, Bella turut berharap dapat diberikan watak yang lebih mencabar selain kembali ke lokasi penggambaran filem pada tahun ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 6-1-2023 05:57 PM
amazed dgn nama sebenar dia, penat nak mengeja
Quote mujer_in_espejo 6-1-2023 06:42 PM
wow.. nama diaa
Quote putricitrasari 6-1-2023 06:45 PM
tengok gambar yg adyrazak mekap tu, muka dia mcm kawan cina Emily in Paris. Ala exotic
Quote alieyrina 6-1-2023 06:51 PM
Cantik ja aku tgk. + size yg cantik

Yg penting dia konfiden dgn badan dia. Kalau x konfiden tu yg selalu buat kita nampak selekeh

yg duk mengata depan2 alasan nak melawak memg kuang ajar ye
Quote LaskarHijayu 6-1-2023 06:56 PM
Dia blakon filem Mama jd anak nabila huda tu menjadi...
Quote hareeeesah 6-1-2023 07:43 PM
Nama dia boleh buat auto nk nyanyi i dowanna know heheh..
Quote imanjannah 6-1-2023 07:46 PM
cantikkk....
Quote EraPajura 6-1-2023 09:29 PM
Lawa dik.jaga makan exercise selalu.insyaAllah badan tiptop..
Quote fff_cat 7-1-2023 02:04 AM
Penah tgk budak ni berlakon citer time dia kecik, pandai cakap cina. Dalam citer tu konon dia budak cina
Quote orkid_amani 7-1-2023 02:14 AM
heythere123 replied at 6-1-2023 05:57 PM
amazed dgn nama sebenar dia, penat nak mengeja

Kan.. mcmna dia belajar eja nama dia masa sekolah dulu..nama ank aii yg 9huruf pun hujung2 tadika baru dia boleh tulis. Skg ni ajar dia eja nama penuh abah dia dari Muhammad jadi Mok
Quote anony-mous 7-1-2023 03:07 AM
I suka sheol sbb pndai berlakon n klau muka xmekap pon ttp sama mcm mekap
Quote samshik 7-1-2023 03:14 AM
Safer nehhh??? Yihhhh.. Ko tepi dulu dik.. Bg satu mesia cerca solsial dulu muleh x???
Quote Perawankota 7-1-2023 03:15 AM
Lawo.. Tapi dia ni kejap nmpk kecik, kejap nmpk bambam gila. Mcm janna nick
Quote syabee 7-1-2023 06:20 AM
badan gini la buat laki gerammm... bukan badan yang kurus keringgg
Quote ciksom 7-1-2023 06:50 AM
Bagi aku cantik muka dan body macam ni. Daripada kurus kering. Exercise selalu mesti lawa sentiasa body. Akak doakan adik berjaya dlm lakonan. Penah tengok dia belakon .masa tu dia kanak kanak lagi. Tapi nama dia aku tak tau masa tu.
Quote tenggiripink 7-1-2023 11:15 AM
jantan melayu mmg suka lawak lucah gitu
pakai elok tutup2 pun kena jugak
pakai seksi pun kena jugak
Quote Suchi 7-1-2023 11:27 AM
Dia sesuai berlakon jd anak pelakon pompuan yg rupa cam dia gak tu. lupa nama dia tp dia ada berlakon jd dlm cite mamat khalid 18 puasa bagai tu jd bini sabri yunus kot.
Muka dia jenis muka mak tiri putih2 gebus gebas mcm bella dowanna ni
Quote cicicumel 7-1-2023 11:54 AM
Mcm body janna nik
Quote paz 7-1-2023 11:59 AM
Pernah nampak live dia ni. Okay tak lah boyak, cantik and wangi.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052627 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top