Dalam beberapa hari mula menjalankan tugas sebagai Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Fadzil membuat lawatan ke Jabatan Penyiaran (RTM) dan sempat bertemu dengan penyampai radio Nasional FM.
Ketika habis bersiaran selepas ditemubual di radio, Fahmi sempat menceritakan bagaimana boleh terjebak dalam dunia lakonan sekali gus menjadi penulis skrip di dalam filem Gol & Gincu 2. Katanya, dia tidak terfikir untuk berlakon pada awalnya, namun pihak produksi mengajaknya menjadi pelakon tambahan pada saat-saat akhir. Fahmi sempat bergurau kepada media dengan menyatakan seseorang pelakon dibayar murah jika menjadi penulis skrip pada masa yang sama.
Sekadar info, Gol & Gincu musim ke2 merupakan sebuah filem drama sukan Malaysia 2018 terbitan Redfilms dan merupakan kesinambungan dari filem Gol & Gincu yang ditayangkan pada 2005. Ia juga merupakan filem sulung arahan Umi Salwana Omar. Filem Gol & Gincu yang pertama diterbitkan tanpa Bernard Chauly selaku pengarah dan sebahagian besar dari barisan pelakon asal termasuk Fazura, Sharifah Amani dan Sazzy Falak kembali menjayakan peranan mereka. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 25 Oktober 2018. Fahmi memegang watak sampingan dalam filem ini dan netizen ada berkongsi sedutan babak yang dilakonkan menerusi laman twitter. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT