Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenal pasti klinik kesihatan di seluruh negara, untuk diarahkan beroperasi secara lebih masa dalam usaha mengelak kesesakan hospital.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri meneliti semula keperluan klinik kesihatan di bawah seliaan masing-masing, untuk beroperasi lebih masa. Katanya, langkah itu boleh mengalihkan pelanggan atau pesakit yang dikategorikan sebagai kes bukan kritikal untuk dirawat di klinik-klinik tersebut dan bukan lagi di Jabatan Kecemasan Hospital (ED). "Secara umumnya, pesakit berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat menyelesaikan isu kesesakan dan tempoh menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik KKM.
"Isu kesesakan ini dikesan berlaku di kawasan bandar berikutan jumlah populasi yang semakin meningkat, serta kecenderungan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di hospital dan klinik KKM," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, Ketua Setiausaha, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Zaliha berkata, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019, mendedahkan tempoh menunggu di Jabatan Kecemasan Hospital melebihi daripada enam jam. Malah, katanya, keadaan itu berlaku disebabkan 70 peratus kes yang diterima adalah kes bukan kritikal dan ia sekali gus bertentangan dengan fungsi sebenar Jabatan Kecemasan Hospital yang sepatutnya hanya menerima kes-kes kritikal. Dalam pada itu, beliau berkata, Pengarah Hospital pula hendaklah memastikan pembukaan perkhidmatan baharu segera dilaksanakan sebaik sahaja jawatan atau sumber manusia diluluskan. "Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan di hospital menjadi lebih efektif, Pengarah Kesihatan Negeri disarankan untuk membuat penjajaran perjawatan dan sumber manusia. "Ia boleh dilakukan dengan pusingan kerja, contohnya dengan menempatkan pegawai dari klinik kesihatan ke hospital. "Langkah ini dapat mengurangkan isu tempoh bekerja yang terlalu lama bagi satu-satu masa untuk seseorang pegawai dan secara tidak langsung dapat mengelakkan atau mengurangkan kejadian burn-out (kepenatan)," katanya. Sumber: BH Online
|
kemaruk replied at 6-1-2023 03:45 PM
Benda dah lama setel zaman najib dulu melalui klinik 1malaysia
MelahJanda replied at 6-1-2023 03:28 PM
dah pernah dipropose dah acik leha oiii
kesimpulannya misi2 kat klinik tu tak hingin nak buka lebih ...
MelahJanda replied at 6-1-2023 03:28 PM
dah pernah dipropose dah acik leha oiii
kesimpulannya misi2 kat klinik tu tak hingin nak buka lebih ...
pekanwoohoo replied at 6-1-2023 04:15 PM
Simple, buat taska dekat klinik/hospital. Betul lah tu, orang gomen ni manja sangat, semua nak ken ...
pekanwoohoo replied at 6-1-2023 04:15 PM
Simple, buat taska dekat klinik/hospital. Betul lah tu, orang gomen ni manja sangat, semua nak ken ...
zamzam replied at 6-1-2023 03:48 PM
Ph yg gigih tutup klinik 1malaysia.
MelahJanda replied at 6-1-2023 03:28 PM
dah pernah dipropose dah acik leha oiii
kesimpulannya misi2 kat klinik tu tak hingin nak buka lebih ...
rukia2 replied at 6-1-2023 04:41 PM
Kk besar2 biasanya ada extended hours...tutup pkl 10pm
MelahJanda replied at 6-1-2023 04:39 PM
tak tutup pun. dijadikan klinik komuniti. tapi lokasi tu yg kerajaan PH kaji semula.sebab masa KK1 ...
rukia2 replied at 6-1-2023 04:41 PM
Kk besar2 biasanya ada extended hours...tutup pkl 10pm
kemaruk replied at 6-1-2023 03:45 PM
Benda dah lama setel zaman najib dulu melalui klinik 1malaysia
ADVERTISEMENT