Seorang wanita bernama Norsufia Johari atau lebih dikenali dengan nama Cik Pia, sedih apabila perlu melalui proses bersalin tanpa kehadiran suami di sisi.
Ujar pempengaruh (influencer) yang terkenal dengan video makan sayur-sayuran di aplikasi TikTok ini, suaminya dikatakan menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Malah dakwanya, mesej yang dihantar sejak beberapa hari lalu juga hanya dipandang sepi. "Mami (Cik Pia) kenalkan anak bertuah kesayangan ramai. Semoga menjadi anak soleh ya sayang. "Tidak mengapa lahirmu tanpa kehadiran ayah kerana bukan itu yang akan membuatkan kita bahagia.
"Mami percaya Arumi adalah rezeki terbesar yang Allah kirimkan," katanya menerusi perkongsian terkini di TikTok pada Khamis. Menerusi posting itu juga Cik Pia berkongsi foto anak lelakinya yang diberi nama Khaireel Arrayyan Arumi Pada Selasa lalu Cik Pia mengundang sebak dalam kalangan netizen apabila berkongsi kisah sedihnya terpaksa mengharungi detik-detik untuk bersalin seorang diri. Lebih pedih apabila terdetik rasa cemburu tatkala melihat ibu-ibu mengandung di wad yang sama ditemani suami masing-masing. “Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan dan kentalkan hati. Tapi apabila dah dekat katil air mata terus jatuh sebab cemburunya saya. "Kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya,” tulisnya menerusi video sebelum ini. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan status terkini hubungan Cik Pia bersama suaminya itu. Namun berdasarkan beberapa siri perkongsian di TikTok, difahamkan hubungan Cik Pia dan suaminya berdepan masalah. “Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respons. "Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak saja. Jadi tak adalah nanti fitnah kata saya tak bagi tengok," ujarnya lagi. Malah Cik Pia turut memberi gambaran bahawa ini bukan kali pertama dia ditinggalkan suami. "Kenapa saya menangis bukan sebab saya sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua... dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia. "Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beban hutang kereta dan tak ada nafkah. "Kenapa buat macam ni dan buat lebih teruk daripada yang pertama kali ditinggalkan,” dakwa Cik Pia lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
Simunggu replied at 6-1-2023 09:47 AM
hahaha mungkin dia ini bini no.2 atau no.3....atau perempuan simpanan ja
lightheaded67 replied at 6-1-2023 11:20 AM
aiol gugel nama she, she pernah up bidio laki she makan duit bisnes since 2016. laki yg sama ka? kal ...
ADVERTISEMENT