CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3866|Reply: 42

Terpaksa Beranak Seorang Diri, Mesej Suami Suruh Datang Azankan Anak Pun Tak Dilayan

[Copy link]
Post time 6-1-2023 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita bernama Norsufia Johari atau lebih dikenali dengan nama Cik Pia, sedih apabila perlu melalui proses bersalin tanpa kehadiran suami di sisi.


Ujar pempengaruh (influencer) yang terkenal dengan video makan sayur-sayuran di aplikasi TikTok ini, suaminya dikatakan menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.


Malah dakwanya, mesej yang dihantar sejak beberapa hari lalu juga hanya dipandang sepi.




Foto: tiktok




"Mami (Cik Pia) kenalkan anak bertuah kesayangan ramai. Semoga menjadi anak soleh ya sayang.


"Tidak mengapa lahirmu tanpa kehadiran ayah kerana bukan itu yang akan membuatkan kita bahagia.


"Mami percaya Arumi adalah rezeki terbesar yang Allah kirimkan," katanya menerusi perkongsian terkini di TikTok pada Khamis.


Menerusi posting itu juga Cik Pia berkongsi foto anak lelakinya yang diberi nama Khaireel Arrayyan Arumi


Pada Selasa lalu Cik Pia mengundang sebak dalam kalangan netizen apabila berkongsi kisah sedihnya terpaksa mengharungi detik-detik untuk bersalin seorang diri.


Lebih pedih apabila terdetik rasa cemburu tatkala melihat ibu-ibu mengandung di wad yang sama ditemani suami masing-masing.


“Saya masih kuat, tolak beg, masuk wad sendiri. Saya masih tahan dan kentalkan hati. Tapi apabila dah dekat katil air mata terus jatuh sebab cemburunya saya.


"Kiri kanan saya ada suami yang setia menemani isterinya,” tulisnya menerusi video sebelum ini.


Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan status terkini hubungan Cik Pia bersama suaminya itu.


Namun berdasarkan beberapa siri perkongsian di TikTok, difahamkan hubungan Cik Pia dan suaminya berdepan masalah.


“Saya ada mesej ayahnya untuk datang azankan zuriat dia tetapi tetap sama, tak ada respons.


"Saya bukan nak patah balik pada dia cuma saya nak dia ada tanggungjawab pada anak-anak saja. Jadi tak adalah nanti fitnah kata saya tak bagi tengok," ujarnya lagi.


Malah Cik Pia turut memberi gambaran bahawa ini bukan kali pertama dia ditinggalkan suami.


"Kenapa saya menangis bukan sebab saya sedih ditinggalkan tetapi sebab tak tahu kenapa ditinggalkan untuk kali kedua... dia tinggalkan bersama anak yang baru nak kenal dunia.


"Dengan tak ada bisnes, tak ada pendapatan, beban hutang kereta dan tak ada nafkah.


"Kenapa buat macam ni dan buat lebih teruk daripada yang pertama kali ditinggalkan,” dakwa Cik Pia lagi. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2, mengandung lagi anak ke 3 lepas ni
Lepas tu, post lagi ke TikKetok, "Kenapa saya ditinggalkan kali ke 3, Mama kuat harungi hidup bersama Kyoto (sbb Arumi tu bunyik mcm Jepun sikit kan )
Nyah! Laki kau mcm hanjing, buat kau mcm tmpt dia lepaskan sperma dia yg takde quality tu, kau mintak fasakh nyah!! Bkn jadi lembu kena cucuk hidung, rela dicucuk atas bawah, then mengadu dkt TikKetok.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama anak
Teringat drama jul ripin n sedara mara uqasha senrose tu, apa nama tah..maybe minah ni terinspirasi dgn nama heroin tu kot

Buat video nangis2 bg satu dunia tgk, aku.pulak rasa nk termuntah...baik la ko pi je mahkamah syariah file kn apa yg patut.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 09:47 AM | Show all posts
hahaha mungkin dia ini bini no.2 atau no.3....atau perempuan simpanan ja
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 09:55 AM | Show all posts
sapo nie??
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 10:12 AM | Show all posts
sapa suruh hadap laki tak guna..
lepas ni share account number pulak ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2023 10:24 AM | Show all posts
Peliklah, dah tahu lelaki tu tak bertanggungjawab masih lagi on sampai mengandung.. Dah terang-terang jantan tak guna masih lagi ada selera..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg semua benda ko nk share kt satu dunia erk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 10:45 AM | Show all posts
Memang patut pun kena tinggal

Dapat merasa diulit laki tu pun patut dah syukur

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 6-1-2023 11:18 AM

Pompuan2 semua kena tau lelaki kawen hanya mau lubang, mau bibik tukang masak basuh, tukang buat loan, mau bini kerja gov sbb mau jadi biawak
Apalagi kena sedia bukti kasi saman
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
aiol gugel nama she, she pernah up bidio laki she makan duit bisnes since 2016. laki yg sama ka? kalau laki yg sama, cuol nak ape ni kaka.. pening la depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
nama anak dia tiga patah tu semua maksudnya elok2 tapi bila digabungkan jadi tak menentu maknanya. khair=elok, arrayan = satu pintu syurga utk org yg selalu berpuasa, arumi =  keturunanku. bila digabungkan jadi aneh sebenarnya kalau dlm bahasa arab
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah laki ko penah tinggal Kan ko..p hadap lg bt pe..ni nangis2 kesedihan..jgn x berlaki..Kalo aku la,mmg dah kick dah laki mcm ni..menyusahkan hidup aku je bt pe.. dah ko penah tinggalkan aku..bye2 selamat jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni mcm trend plak tunjuk masalah peribadi kat TikTok....x malu segan ke diorang ni ....kan sekarang Sapa yg bodoh. . .diri sendiri la sebab masih bertahan dengan jantan tak guna tu....huh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg claim lauk rasam datang dari melayu punya kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 01:18 PM | Show all posts
Bertabah laa.. Dalam hidup ini, kita diberi pilihan. Buatlah pilihan yg terbaik untuk anak kemudian baru pikir diri sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 6-1-2023 09:47 AM
hahaha mungkin dia ini bini no.2 atau no.3....atau perempuan simpanan ja

Dia pernah bgtau
Dia memang no 2
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 6-1-2023 11:20 AM
aiol gugel nama she, she pernah up bidio laki she makan duit bisnes since 2016. laki yg sama ka? kal ...

Ye
Laki yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 02:36 PM | Show all posts
paging kaka @pooh~key  utk jahit poohkey minah ni tak kasi beranak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur anak lelaki..kalau anak pompuan..nanti nak kahwin kena cari ayah utk jadi wali pulak...lagi menyusahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.244749 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list