Kes pedofilia semakin berleluasa membuat ibu bapa semakin bimbang dengan keselamatan anak yang masih kecil. Terbaharu, kanak-kanak berusia 12 tahun dikatakan sarat hamil lapan bulan. Lebih menyedihkan apabila dia sendiri yang masih belum mengerti akan perubahan bentuk badannya, mengalami alahan muntah-muntah.
Berita sedih ini dikongsikan menerusi TikTok Mummy Chutela yang menceritakan Bunga (bukan nama sebenar) terpaksa menghancurkan pil vitamin sebelum dimakan. “Jika dibawa ke doktor untuk mengimbas kandungan, Bunga kelihatan malu-malu, tidak tahu apa yang sedang doktor tunjukkan kepadanya mengenai bayi yang kini dikandungnya.”
Wanita terbabit bagaimanapun tidak mendedahkan pelaku yang mengerjakan kanak-kanak malang itu hingga hamil. Terserah kepada ibu bapa Bunga untuk mengambil tindakan kepada si pelaku atau memaafkannya. Menurut wanita ini, ibu bapa Bunga bekerja di sebuah perusahaan tanaman. Justeru, dia membawa Bunga tinggal bersamanya kerana ibu bapa Bunga buntu apa yang harus dilakukan. Sumber: Keluarga |
manehnya replied at 6-1-2023 10:49 AM
knp x abort ja dr awal
manehnya: knp x abort ja dr awal
jebatmaspunyer replied at 6-1-2023 11:15 AM
Budak x bersalah. Jangan di ajar plak jadi pembunuh. Baby lahir boleh cari keluarga angkat untuk b ...
TulenBang replied at 6-1-2023 01:38 PM
CI ke ni? Kt indon plak tu
sharlenetexas replied at 6-1-2023 05:50 AM
Gugurkan ajelah. Kesian dia nak hadapi semua tu. Bukan salah dia.
skippy replied at 6-1-2023 01:34 PM
shes just 12!!
ADVERTISEMENT