CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Lelaki Tular Tunggang Kereta Lembu Di Jalan Serdang Perdana Sebenarnya Sedang Berlatih...

5-1-2023 11:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1627| Komen: 13

Kereta lembu yang ditunggang tiga lelaki di Jalan Serdang Perdana sehingga tular di media sosial sebenarnya sedang berlatih untuk perarakan upacara keagamaan Hindu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pada jam 7 malam ini, anggota kaunter aduan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang terima maklumat berkaitan satu video yang sedang tular di media sosial Facebook.

Menurutnya, video yang disiarkan membabitkan sebuah kereta lembu yang ditunggang oleh tiga lelaki di Jalan Besar, Seri Kembangan.


Kereta lembu yang ditunggang di Jalan Serdang Perdana sehingga tular di media sosial. FOTO Ihsan Pembaca

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati ia dirakam pada jam 10 pagi Isnin lalu dan tular di media sosial.


"Menurut pemilik kereta lembu terbabit, ia ditunggangi oleh tiga lelaki yang sedang berlatih untuk perarakan upacara keagamaan Hindu," katanya.

Beliau berkata, perarakan itu dijangka bermula bermula Februari sempena Thaipusam.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955

"Di samping itu, tuan punya kereta lembu terbabit juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan pada hari ini untuk menceritakan kejadian itu.

"Pihak polis ingin menasihatkan pengguna jalan raya yang menggunakan sebarang binatang di jalan awam mematuhi undang-undang supaya tidak membahayakan pengguna lain," katanya dalam kenyataan malam ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 5-1-2023 11:39 PM
Edited by mojarean_X at 5-1-2023 11:41 PM

Awalnya berlatih. Yg bawa kavadhi cocok2 besi kt badan tu ada wat latihan mcm ni juga ke? Iols smpi skrg impress mcm mana bdn dorang x cedera keluar darah wat camtu
Quote R2D2 5-1-2023 11:45 PM
pertama kali dgr alasan berlatih
selama ni mana pernah dgr Thaipusam ada latihan perarakan
lagi pun dia seorang yg berlatih
pun polis percaya alasan tu

nak tahu dia menipu ka tgk
tanya ttg aturcara
bila waktu perarakan
berapa byk kereta lembu terlibat
siapa penganjur
berapa lama latihan dia nak buat
Quote gigahertz 5-1-2023 11:49 PM
R2D2 replied at 5-1-2023 03:45 PM
pertama kali dgr alasan berlatih
selama ni mana pernah dgr Thaipusam ada latihan perarakan
lagi pun  ...

Hindu - berlatih lembu
cina - berlatih dun dun cheng
Melayu - berlatih mercun ?
Quote prizadane 5-1-2023 11:50 PM
Kat kampung iols memang ada keluarga singh ni hari-hari naik kereta lembu pusing 1 pekan n kampung. Bawa tanah untuk dijual. Memang tradisi 1 family. Tapi kampung iols tu tak lah sesak macam kat Jalan Serdang Perdana ni. Mak iols kalau nak beli tanah memang tunggu je singh tu lalu depan rumah.

Ni bawak kereta lembu kat klang valley memang minta maki la. Jem kot.. apo
Quote Carcosa 6-1-2023 04:44 AM
Berlatih?? Ala2 trial run ke apa ni? Tak pernah umur aku dengar nak buat trial run bende ni hoiiii
Ke, kau ala2 nak start buat mcm kat India nun. Selamba Rajnikanth je pacu kereta lembu dkt Jalan raya.
Quote TOPwind 6-1-2023 04:48 AM
Di negara asal dah kena rampas dan dibakar


tapi wpun ada sekor dua bontot kuali dalam parlimen


yg lain kecut pelih, diam je mcm kena pukau


Quote elzy 6-1-2023 08:06 AM
Carcosa: Berlatih?? Ala2 trial run ke apa ni? Tak pernah umur aku dengar nak buat trial run bende ni hoiiiiKe, kau ala2 nak start buat mcm kat India nun. Selam ...


Setuju.. Kalau melibatkan jalanraya utama atau menganggu lalulintas wajarkah dibenarkan?


Quote R2D2 6-1-2023 11:02 PM
rasanya pihak berkuasa malas nak pjgkan isu ni
sebab tu didedahkan je alasan 3 lelaki ni

ni latihan yg dimaksudkan

Quote sharlenetexas 6-1-2023 11:07 PM
Kudaku berlari gagah berani.


Quote sharlenetexas 6-1-2023 11:10 PM
Carcosa replied at 6-1-2023 04:44 AM
Berlatih?? Ala2 trial run ke apa ni? Tak pernah umur aku dengar nak buat trial run bende ni hoiiii
K ...

Nak mengiindia tamil nadu kan serdang ke?
Quote imanjannah 7-1-2023 07:47 AM
ada taik lembu x sepanjang Jalan tu?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.100736 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top