CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuma Ada 1.4 Juta, Jumlah Pekerja Asing Di Seluruh Negara Sebenarnya Masih Rendah

5-1-2023 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 640| Komen: 8

Jumlah pekerja asing di seluruh negara ketika ini sebenarnya masih rendah dengan seramai 1,459,196 orang direkodkan setakat 31 Disember tahun lalu.

Perkara berkenaan diakui Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar dan memberi jaminan bahawa pihak kerajaan mengambil maklum rintihan majikan daripada pelbagai sektor.


Saifuddin Nasution Ismail bersama V Sivakumar dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

“Kita sedar bukan sahaja dalam bidang perladangan, malahan banyak lagi industri yang terjejas dan berharap isu ini dapat ditangani dalam masa terdekat,” katanya selepas bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, di sini hari ini.


Kementerian Sumber Manusia (KSM) diberikan tugas penyelarasan tenaga dari 15 negara sumber selain memudah cara urusan berkaitan terutama kelulusan kuota mengikut sektor.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa kesemua pekerja asing di Malaysia memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan sektor perkilangan direkod paling tinggi.

“Setakat akhir tahun lalu, 538,148 orang bekerja dalam bidang ini diikuti sektor pembinaan seramai 315,932 orang dan perkhidmatan pula sekitar 221,621 orang,” tambah beliau.

Jumlah berkenaan turut merangkumi 316,446 orang pekerja asing baharu digajikan pada tahun lalu dengan warganegara paling ramai ialah dari Bangladesh, Indonesia dan Nepal.

Bagaimanapun ujarnya, sepanjang tahun lepas, kerajaan meluluskan 676,070 orang bagi mengisi kuota pekerja asing daripada keseluruhan permohonan iaitu 1,606,724 orang.

Daripada jumlah kelulusan itu, hanya 635,234 kuota telah dibayar levi manakala jumlah tersebut, bilangan yang memohon Visa Dengan Rujukan ialah 463,255 orang sahaja..

Justeru, mesyuarat berkenaan kata Sivakumar berharap angka selepas ini akan dapat dilonjak melepasi lebih 50 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta permohonan tersebut.

Bahkan dalam nada optimis, beliau yakin apabila kesemua sektor berjaya memenuhi kuota pekerja asing ditetapkan kementeriannya, ia bakal memacu trend ekonomi negara. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 5-1-2023 11:27 PM
Cuba di tax warga asing ni. Jangan bagi subsidi. Mesti masyuk
Quote albedah 6-1-2023 12:06 AM
Hei bodoh. Itu yg direkodkan.. yang harammmmmm berapaaaaaa
Quote cheezel 6-1-2023 12:19 AM
albedah replied at 6-1-2023 12:06 AM
Hei bodoh. Itu yg direkodkan.. yang harammmmmm berapaaaaaa

Kan baru nak cakap. Tu yg rekod. Yg masuk kosong tu berlambak la bebal. Kau pegi je rush selayang chow kit seluruh malaysia dah ada. Ceruk kampung pun ada. Pemimpin bangang
Quote sharlenetexas 6-1-2023 12:59 AM
Yang tak rekod banyak mana?


Quote Adrif 6-1-2023 01:29 AM
albedah replied at 6-1-2023 12:06 AM
Hei bodoh. Itu yg direkodkan.. yang harammmmmm berapaaaaaa

ada yang masuk kononnya pelancong. tapi dari segi gaya, jauh sungguh dari pelancong

ada yang masuk dengan dokumen sebagai doctor, nurse, lecturer, etc. professional. tapi bila soal dalam English, terkebil-kebil tak reti jawab

realitinya banyaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila babi
Quote Carcosa 6-1-2023 04:52 AM
Are you ffffffkin kidding me???
Cubaaaaa lah kalau jadi menteri tu, jgn keluarkan statement yg bodoh bebal mcm haiwan. Boleh tak?
Sejuta lebih je?? Kau nak ckp apa? Tu je total yg documented ke apa? Ko pegi lah Selayang, Segambut, nun kat JB tu kampung Pandan, berlambak hoiiiii pendatang haram jadah. Semua tu apa? Halimunan? Ko tak nampak dia ke apa. Semua tu, kau tgk muka kau dah tau warga apa. Bercampur aduk, yg hidung kembang, yg hidung berminyak, yg kapur kuning kat muka, kau pilih je.
Tapi semua acah2 nak berangan ckp slang Melayu. Mcm sial kadang aku dengar. Meluat mcm aku nak simbah air panas menggelegak je
Quote elzy 6-1-2023 08:35 AM
Kita nak masuk ke negara asing sangatlah susah.. Orang asing masuk ke negara kita semakin dialu-alukan, sama ada legally or illegal.. Hebat Malaysia.. Isu kampung Rohingya pun tak selesai. Jangan nanti seperti Belanda dapat tanah sudahlah..
Quote lotusteratai 6-1-2023 09:21 PM
1.4 juta yg on record, cer kira yg off record lg2 yg siap beranak pinak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052076 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top