Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menafikan pernah mengeluarkan kenyataan kepada Facebook 'Info Politik Terkini' kononnya rakyat diwajibkan mengambil dos penggalak disebabkan kehadiran pelancong China.
Beliau berkata, tajuk laporan berita dan kenyataan oleh laman berkenaan tidak tepat dan berniat jahat. "Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian serta tidak pernah menyebut sesiapa yang tidak mengambil dos penggalak akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya menerusi Facebook pada Khamis. Jelasnya, orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang sebaran berita yang tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi! Sumber: Sinar Harian
|
ADVERTISEMENT