|
Selepas kontroversi berlaku dengan bekas isterinya, Sarah Sheilka menjadi perhatian umum, penyanyi Tegar Septian memohon maaf kepada bekas ibu mentuanya.
Berdasarkan tangkap layar perbualan menerusi aplikasi Whatsapp Tegar berkata kepada wanita yang dipanggilnya 'Ummi' itu bahawa dia tidak sengaja membuat kenyataan berkenaan. Menerusi tangkap layar yang dikirim pembaca BOOM!, Tegar dilihat cuba mempertahankan diri dengan cuba meletakkan kesalahan kepada netizen. Bekas ibu mentua Tegar menjawab mesej tersebut dan meminta supaya dia melupakan Sarah dan Abidzar (anak mereka). Katanya lagi, dia sudah hilang sabar dengan apa yang dilakukan Tegar kepada anaknya selama ini. Malah, wanita itu mencabar Tegar untuk melakukan ujian DNA bagi mengesahkan apa yang didakwanya sebelum ini. Terdahulu, Tegar membuat Live di Tiktok dan menyatakan beberapa perkara berkaitan bekas isteri dan anaknya. Kontroversi tercetus apabila Tegar mengeluarkan kenyataan di TikTok Live, mendakwa isterinya hamil anak luar nikah sebelum mereka melangsungkan pernikahan. Kenyataan Tegar kemudiannya dibidas Sarah yang mendakwa bekas suaminya itu menipu demi meraih simpati. Sumber: BOOM! |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.195957 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.