CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Makanan Naik RM1, Ada Kantin Sekolah Jual Harga Lama Tapi Kuantiti Dikurangkan

5-1-2023 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 701| Komen: 5

Belum reda isu tambang bas sekolah yang mengalami kenaikan sehingga RM300, golongan ibu bapa kini terpaksa pula mengeluarkan belanja lebih untuk wang saku anak mereka susulan kenaikan harga makanan di kantin sekolah sejak awal bulan ini.


Kenaikan itu bagaimanapun hanya melibatkan tender-tender kantin baharu bagi tahun 2023 dengan kebanyakan harga makanan naik antara 20 sen hingga RM1.

Rata-rata pengusaha kantin sekolah di Johor Bahru memilih untuk mengekalkan harga makanan di premis ma­sing-masing bagi memastikan ibu bapa tidak terbeban de­ngan perbelanjaan persekolahan anak-anak.


Gambar hiasan/mStar

Bagaimanapun, pengusaha kantin berkenaan dikesan telah mengurangkan sedikit kuantiti makanan yang dijual terutama­nya melibatkan nasi goreng, mi atau bihun goreng serta beberapa makanan lain bagi menampung kos operasi.


Seorang pegawai sebuah syarikat kewangan di Segamat, Nur Aisyah Jamaludin, 35, berkata, anaknya yang bersekolah di darjah dua sebuah sekolah rendah di sini memaklumkan bahawa kuantiti makanan yang dijual di kantin sekolah semakin kurang.

“Setakat ini, belum ada sebarang kenaikan harga makanan di kantin sekolah anak, namun kuantiti atau portion makanan semakin kecil atau sikit.

“Kalau sebelum ini harga bagi sepinggan nasi goreng, mi atau bihun dijual pada harga RM1, tahun ini tetap sama, tetapi kandu­ngannya makin kurang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Seorang suri rumah, Roslina Ismail, 43, turut mengakui perkara sama dan berlaku di kantin sekolah tempat anaknya bersekolah.

“Kita faham, keadaan sekarang semua harga bahan mentah naik, kos perkhidmatan lain-lain turut mengalami kenaikan.

“Sebagai ibu bapa, kami berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu yang membolehkan situasi menang-menang antara ibu bapa dan pengusaha kantin,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lentera 5-1-2023 09:09 PM
Alahai yg suri rumah pun tak reti2 ke nak buatkan bekal utk anak masing2? Lagi mau berharap kat kerajaan
Quote tom2 5-1-2023 09:19 PM
Jarang anak beli kat kantin dah. Bukan sebab mahal ke murah, tapi kualiti makanan tu x berbaloi. Memang lebih elok bawak bekal dari rumah. Tapi kesian la jugak yang xde masa nak masak bekal.
Quote Lentera 5-1-2023 09:23 PM
tom2 replied at 5-1-2023 09:19 PM
Jarang anak beli kat kantin dah. Bukan sebab mahal ke murah, tapi kualiti makanan tu x berbaloi. Mem ...

Bagus.. Mak yg rajin mcm ni la yg aku salute. kipidap sis
Quote ina_na 5-1-2023 09:25 PM
Anak sulung dl SJKC..bl naik sekolah menenggah excited membeli di kantin waktu rehat..tp sejak buka sekolah Ahad ari tu,harga naik seganda..trs dia dan kawan2 dia bawak bekal dr rumah..sbb dia sendiri yg request senang la lps ni msk lunch trs bekalkan je
Quote faraway1 5-1-2023 09:27 PM
Buat cam sekolah my daughter ni, no kantin langsung, so samada bawa bekal atau balik rumah makan sebab rehat 80 minit..

Tak pernah dengar parents sekolah tu bising kena buatkan bekal anak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.067599 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top