View: 545|Reply: 5
|
Harga Makanan Naik RM1, Ada Kantin Sekolah Jual Harga Lama Tapi Kuantiti Dikurangkan
[Copy link]
|
|
Belum reda isu tambang bas sekolah yang mengalami kenaikan sehingga RM300, golongan ibu bapa kini terpaksa pula mengeluarkan belanja lebih untuk wang saku anak mereka susulan kenaikan harga makanan di kantin sekolah sejak awal bulan ini.
Kenaikan itu bagaimanapun hanya melibatkan tender-tender kantin baharu bagi tahun 2023 dengan kebanyakan harga makanan naik antara 20 sen hingga RM1.
Rata-rata pengusaha kantin sekolah di Johor Bahru memilih untuk mengekalkan harga makanan di premis masing-masing bagi memastikan ibu bapa tidak terbeban dengan perbelanjaan persekolahan anak-anak.
 Gambar hiasan/mStar
Bagaimanapun, pengusaha kantin berkenaan dikesan telah mengurangkan sedikit kuantiti makanan yang dijual terutamanya melibatkan nasi goreng, mi atau bihun goreng serta beberapa makanan lain bagi menampung kos operasi.
Seorang pegawai sebuah syarikat kewangan di Segamat, Nur Aisyah Jamaludin, 35, berkata, anaknya yang bersekolah di darjah dua sebuah sekolah rendah di sini memaklumkan bahawa kuantiti makanan yang dijual di kantin sekolah semakin kurang.
“Setakat ini, belum ada sebarang kenaikan harga makanan di kantin sekolah anak, namun kuantiti atau portion makanan semakin kecil atau sikit.
“Kalau sebelum ini harga bagi sepinggan nasi goreng, mi atau bihun dijual pada harga RM1, tahun ini tetap sama, tetapi kandungannya makin kurang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Seorang suri rumah, Roslina Ismail, 43, turut mengakui perkara sama dan berlaku di kantin sekolah tempat anaknya bersekolah.
“Kita faham, keadaan sekarang semua harga bahan mentah naik, kos perkhidmatan lain-lain turut mengalami kenaikan.
“Sebagai ibu bapa, kami berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu yang membolehkan situasi menang-menang antara ibu bapa dan pengusaha kantin,” ujarnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai yg suri rumah pun tak reti2 ke nak buatkan bekal utk anak masing2? Lagi mau berharap kat kerajaan
|
|
|
|
|
|
|
|
Jarang anak beli kat kantin dah. Bukan sebab mahal ke murah, tapi kualiti makanan tu x berbaloi. Memang lebih elok bawak bekal dari rumah. Tapi kesian la jugak yang xde masa nak masak bekal. |
|
|
|
|
|
|
|
tom2 replied at 5-1-2023 09:19 PM
Jarang anak beli kat kantin dah. Bukan sebab mahal ke murah, tapi kualiti makanan tu x berbaloi. Mem ...
Bagus.. Mak yg rajin mcm ni la yg aku salute. kipidap sis 
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak sulung dl SJKC..bl naik sekolah menenggah excited membeli di kantin waktu rehat..tp sejak buka sekolah Ahad ari tu,harga naik seganda..trs dia dan kawan2 dia bawak bekal dr rumah..sbb dia sendiri yg request senang la lps ni msk lunch trs bekalkan je |
|
|
|
|
|
|
|
Buat cam sekolah my daughter ni, no kantin langsung, so samada bawa bekal atau balik rumah makan sebab rehat 80 minit..
Tak pernah dengar parents sekolah tu bising kena buatkan bekal anak |
|
|
|
|
|
|
| |
|