CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Keluarga Enjut Kereta, Lagi Warga Singapura Songlap RON95

4-1-2023 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3936| Komen: 60

Sebuah keluarga didakwa warganegara Singapura dipercayai mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak dekat Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, Selasa lalu.

Menerusi video tular dikongsi di Facebook itu, kelihatan keluarga berkenaan mengenjut dan menggoncang kenderaan terbabit beberapa kali dipercayai ingin mendapatkan lebihan petrol.


Add Image Caption Here


Memandu kereta jenis Toyota Altis, perbuatan warga Kota Singa itu bukan sahaja menyalahi undang-undang negara malah ia turut mendorong lebih ramai masyarakat dari negara jiran untuk terus merampas hak rakyat tempatan.

Insiden itu bukan kali pertama berlaku di Malaysia dengan beberapa kes serupa turut dikongsikan di laman media sebelum ini.


Memetik laporan Awani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Johor akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pemilik stesen yang ditangkap menjual bahan api RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing dan mereka boleh dijatuhi hukuman denda sehingga RM2 juta.

Malaysia sebelum ini mengharamkan penjualan petrol RON95 kepada kereta yang tidak didaftarkan di dalam negara kerana gred petrol itu diberi subsidi untuk rakyat tempatan.

Salah seorang warganet di Facebook, Zinoviy Stanislav berpendapat, ekonomi di Singapura amat menyedihkan kerana kehidupan rakyat di sana tidak berkualiti meskipun mempunyai nilai mata wang yang tinggi.


Loading FB Post...

Kerajaan Singapura difahamkan menjual gred minyak itu dengan harga empat kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia, maka keinginan pengguna untuk mendapatkan petrol yang lebih murah tercetus apabila harga minyak global kian melonjak.

Belum ada laporan dan tangkapan dibuat pihak polis setakat ini dan pengusaha stesen minyak itu juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-1-2023 09:00 PM
Ron95 ke
Iols.igt ron97 dia amek tu
Sebab pam kaler kuning kat sebelah tu takde usik
Amboi...sakan.ek...
Quote dani-rox 4-1-2023 09:04 PM
Penduduk negara2 jiran tak kira miskin atau kaya semua jd parasit di tanah air. Tak boleh nak disalahkan jugak, sbb pihak penguatkuasaan kita sendiri yg lemah dan bahalol
Quote TOPwind 4-1-2023 09:08 PM
perangai cina

peduli apa  mereke

janji kaya wlpun sengkek
Quote Highflyer19 4-1-2023 09:08 PM
Typical kiasu…so cheapskate
Quote Innrukia 4-1-2023 09:10 PM
sama jerlah dgn yg ada sini... duk jeritla bangsa M bangsa subsidi.
tapi in reality depa duk sakau subsidi lagi dasyat, lepas tu export plak keluar
Quote stingerbumpy 4-1-2023 09:22 PM
shernazz replied at 4-1-2023 09:00 PM
Ron95 ke
Iols.igt ron97 dia amek tu
Sebab pam kaler kuning kat sebelah tu takde usik

Even For a ron 97....in a 50 litre tank...they would have easily made a saving of cool SIN$100....

Ko ghaser?
Quote che-cikL 4-1-2023 09:28 PM
Laa haiii itukan cecair..  makin digoncang, makin melimpah.. bukannya garam ke gula makin mampat padat kalau dihenyak2 bekasnya.
LEMAHHhhh

Quote stingerbumpy 4-1-2023 09:31 PM
che-cikL replied at 4-1-2023 09:28 PM
Laa haiii itukan cecair..  makin digoncang, makin melimpah.. bukannya garam ke gula makin mampat pad ...

Bos kiosk...tersenyum girang....
Quote stingerbumpy 4-1-2023 09:34 PM
dani-rox replied at 4-1-2023 09:04 PM
Penduduk negara2 jiran tak kira miskin atau kaya semua jd parasit di tanah air. Tak boleh nak disala ...

They could even pump our highest gred of shell v power racing @RM5.50litre(non subsidised)and still make savings....

Ko ghaser?

Quote sepiITUindah 4-1-2023 10:04 PM
sila pam dalam bonet juga
Quote sharlenetexas 4-1-2023 10:11 PM
Perangai bab* singapore terlepas. Perangai ummah negara maju.


Quote buapakperut 4-1-2023 10:34 PM
Liquid fills container, perlu ke enjut2 macam nak isi beras.
Quote buapakperut 4-1-2023 10:36 PM
che-cikL replied at 4-1-2023 01:28 PM
Laa haiii itukan cecair..  makin digoncang, makin melimpah.. bukannya garam ke gula makin mampat pad ...

Laki iols pun kalau full tank di enjut2 kete tu, geram tul org tido time kelas sains ni
Quote edayildiz 4-1-2023 10:38 PM
ronald tan tersenyum sinis
Quote AcikBuncit 4-1-2023 10:55 PM
Dh mcm wt cpr kat kete.. Bodo bertiang2. Kalo nk songlap pn isi la minyak tu dlm btol xleh ke
Quote uori 4-1-2023 11:13 PM
negara kita ni, penguatkuasaan pecah pintu bilek tangkap basah time cuti umum je yang rajin buat kije tanpa gagal
Quote Thunderclouds 4-1-2023 11:18 PM
Sembanggggg....Dok ulang² skrip basi berkulat 'akan meningkatkan penguatkuasaan' aje lerrr...
Quote olaklempit 4-1-2023 11:25 PM
Boleh tak hapuskan subsidi tapi bagi kepada rakyat elaun minyak ikut daftar kepada yg ada kereta dan bawa kereta atau motosikal. Yg kaya raya  dan T20bjangan bagi elaun ni...
Quote ultra78 4-1-2023 11:37 PM
Henjut-henjut kereta ni orang singapore aje kan buat? Orang tempatan pun takde gigih buat kerja gila ni

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.072390 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top