CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warden Buat Live TikTok Masa Spotcheck Dorm, Senang Nak Tahu Port Rahsia Sorok Barang Larangan

4-1-2023 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1281| Komen: 2

Tular kisah pelajar di sekolah berasrama penuh (SBP) yang berjaya menyeludup masuk barangan terlarang walaupun tertakluk kepada peraturan ketat.

Perasaan teruja dan darah muda golongan ini yang ingin mencuba perkara baharu menyebabkan sesetengah pelajar di asrama 'kreatif' untuk menyembunyikan barangan seperti rokok, telefon pintar dan majalah hiburan daripada dijumpai warden.

Walaupun begitu, melalui satu video tular di Twitter, seorang warden berfikiran luar kotak dengan membuat live di TikTok ketika sedang menggeledah dorm di sebuah SBP.



Rasional di sebalik tindakan ini ialah, penonton yang pernah bergelar pelajar SBP dapat mendedahkan kepadanya di manakah barangan terlarang ini biasanya disimpan pelajar-pelajar ini.


Maka dari live itu, terungkai setiap satu strategi 'turun-temurun' untuk menyembunyikan barangan terlarang daripada dilihat warden asrama dan rahsia yang disimpan rapi selama bergenerasi akhirnya terbongkar.

"Aduh buat live waktu spotcheck (pemeriksaan mengejut) viewers semua bagi kantoi," kata seorang netizen.

Dalam video itu, warden asrama tersebut sedang membaca komen penonton sambil memberikan arahan kepada pengawas yang sedang memeriksa dorm untuk mencari barangan terlarang.


TikTok @amrinalove

"Cuba check dekat tandas, mesti ada rokok dekat situ," kata seorang penonton.

Namun begitu, warden asrama tersebut mengatakan pelajar di situ tidak terpalit dengan isu rokok tetapi sebaliknya barangan terlarang yang lain.

"Dekat sini rokok tak ada, dekat sekolah ni budak-budak tak ada hisap rokok, rokok clear," kata warden itu membalas cadangan tersebut.

Warden asrama itu kemudiannya menyambung membaca komen penonton yang sedang ralit mendedahkan 'rahsia' pelajar asrama.

Warden asrama itu seterusnya menyampaikan pesanan tersebut kepada pengawas yang sedang bertungkus-lumus memeriksa setiap inci dorm itu.

"Ada pasu bunga dekat sini? Check pasu bunga.

"Celah tingkap pun boleh jadi juga. Mana celah tingkap, tengok sikit," katanya kepada pengawas.



Menjengah ke ruangan ciapan balas, netizen rata-rata menyambung untuk berkongsikan rahsia pelajar sekolah berasrama penuh dalam menyembunyikan barangan terlarang.

Seorang warga maya juga menzahirkan rasa simpati atas nasib pelajar dalam video itu yang sedang digeledah asrama mereka.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-1-2023 09:23 AM
terpaling warden kaedahnyaaa.....

btw, sepupu meols warden pernah jumpa kondom & ky jelly kat serama jantan... ahahahahahaha.. advance ye bebudak skrg... ni mesti @dudaberhias yang ajar ni...
Quote intan244 6-1-2023 12:45 AM
iols penah kena rampas poster idola je kot letak bawah bantal.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.107720 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top