Seorang wanita menemui ajal pada ambang tahun baharu apabila bunga api meletup di dalam pakaiannya. Menerusi video tular, kematian tragis Elisangela Tinem, 38, dilapor berlaku di hadapan dua anaknya.
Video tersebut pada mulanya memaparkan orang ramai sedang menonton pertunjukan bunga api di pantai Sao Paolo, Brazil sebelum kamera sempat merakamkan letupan itu. "Saya melihat cahaya sebelum memeluk ibu. Kemudian semua orang mula menjerit. "Saya juga melihat seorang wanita terbaring di tanah dalam keadaan berdarah, manakala seorang kanak-kanak lelaki berada berdekatan dengannya," kata seorang saksi yang enggan dikenali.
Bunga api tersebut bukan milik mangsa atau keluarganya, menyebabkan polis tempatan menyiasat kejadian itu sebagai kes bunuh, lapor media antarabangsa. YouTube Kesedihan atas kematian wanita itu turut diluahkan salah seorang ahli keluarganya di media sosial. "Saya tak percaya dengan apa yang terjadi. Saya sayang semua ahli keluarga. "Saya berdoa agar tuhan menenangkan hati anda di saat-sat sukar ini," tulisnya. Sumber: Majoriti
|
CiliPadiSedap replied at 4-1-2023 08:40 PM
ni kes bunga api masuk angin. pernah terjadi kt kereta kaka. kalau bunga api lama jenis terbang2 jan ...
esbok replied at 5-1-2023 08:59 AM
Seriau tengok orang bandar main bunga api, main celah2 kereta orang.
Kat kampung pun kalau main b ...
ADVERTISEMENT