Penerbit dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan, sejak Ahad lalu akibat Covid-19 dikatakan kini dalam keadaan kritikal. Menerusi satu hantaran di Instagram @sitirosmizahsemail, pengendalinya memaklumkan jangkitan itu sudah mencapai tahap empat dan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Siti Rosmizah. "Assalamualaikum...berita sedih yang kami terima. Covid kak Siti sudah naik 'stage' 4. Sama-sama kita doa moga kak Siti diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus berjuang melawan sakit ini. Beliau kritikal," tulis pengendalinya. Terdahulu menerusi BH Online, Penerbit Eksekutif SR One Sdn Bhd, Syed Muhamad Izzudin Syed Akil berkata, Siti Rosmizah perlu dipantau doktor bagi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi berikutan keadaannya yang agak kritikal.
"Setakat hari ini (semalam) tahap kesihatannya masih belum menunjukkan perkembangan ketara. Mungkin ini disebabkan kesan daripada ubat yang diberi doktor sejak mula dimasukkan ke ICU. "Siti Rosmizah juga perlu ditahan dan dipantau rapi oleh doktor dalam tempoh dua minggu. Jadi, selepas itu, barulah kami akan dimaklumkan mengenai proses seterusnya," katanya. Mereka dan keluarga Siti Rosmizah juga belum dibenarkan melawat dan hanya berkomunikasi dengan doktor saja. Siti Rosmizah mengalami simptom seperti demam dan batuk berpanjangan sebelum dibawa ke hospital Ahad lalu. Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan terbaik buat Siti Rosmizah dan segera sembuh seperti sediakala. - CARI |
smeetasmitten replied at 4-1-2023 07:14 AM
Dia wife khir rahman kan? Tak mention langsung psl lakinya
sayurmayur88 replied at 4-1-2023 07:11 AM
suke baca novel dia, pandai dia mengarang main emosi.
semoga dipermudahkan semuanya.
COVID ni makin ...
krustykrab replied at 4-1-2023 07:22 AM
Bukan la..
Bini khir siti jasmina
ADVERTISEMENT