View: 8145|Reply: 78
|
Penerbit Dan Penulis Novel Terkenal, Siti Rosmizah Semail Kini Kritikal
[Copy link]
|
|
Penerbit dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan, sejak Ahad lalu akibat Covid-19 dikatakan kini dalam keadaan kritikal.
Menerusi satu hantaran di Instagram @sitirosmizahsemail, pengendalinya memaklumkan jangkitan itu sudah mencapai tahap empat dan memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Siti Rosmizah.
"Assalamualaikum...berita sedih yang kami terima. Covid kak Siti sudah naik 'stage' 4. Sama-sama kita doa moga kak Siti diberi kesembuhan dan kekuatan untuk terus berjuang melawan sakit ini. Beliau kritikal," tulis pengendalinya.
Terdahulu menerusi BH Online, Penerbit Eksekutif SR One Sdn Bhd, Syed Muhamad Izzudin Syed Akil berkata, Siti Rosmizah perlu dipantau doktor bagi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi berikutan keadaannya yang agak kritikal.
"Setakat hari ini (semalam) tahap kesihatannya masih belum menunjukkan perkembangan ketara. Mungkin ini disebabkan kesan daripada ubat yang diberi doktor sejak mula dimasukkan ke ICU.
"Siti Rosmizah juga perlu ditahan dan dipantau rapi oleh doktor dalam tempoh dua minggu. Jadi, selepas itu, barulah kami akan dimaklumkan mengenai proses seterusnya," katanya.
Mereka dan keluarga Siti Rosmizah juga belum dibenarkan melawat dan hanya berkomunikasi dengan doktor saja.
Siti Rosmizah mengalami simptom seperti demam dan batuk berpanjangan sebelum dibawa ke hospital Ahad lalu.
Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan terbaik buat Siti Rosmizah dan segera sembuh seperti sediakala. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cpt sembuh.
Skrg ni, bila demam, batuk & selsema pun dah rasa risau sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia yang tulis novel 7 hari mencintaiku tu kan..banyak drama adaptasi yang meletup dari novel dia. moga cepat sembuh..risau pula tiba2 covid naik balik.dulu kata dah masuk fasa endermik |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh..takutnya baca org kena covid sampai stage 4,5 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cpt sembuh aamiin2 |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dh xnmpk berita kritikal covid.. Dh mula balik. Smg cpt sembuh rosmizah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesembuhan... Aamin Ya Rabbal Alamin... |
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin? Ada booster? Berapa kali booster?
Novel2 dia tulis ada macam yg geli2 tak? |
|
|
|
|
|
|
|
moga ALLAH sembuhkan dengan baik dan selamat. takut pulak naik semula berita berita covid cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cept sembuh
Ni doakan dia sembuh agak2 kena saman tak. Dia kan suka saman org. Komen sikit je terus ugut nk saman kan..
Makcik hati tisu |
|
|
|
|
|
|
|
suke baca novel dia, pandai dia mengarang main emosi.
semoga dipermudahkan semuanya.
COVID ni makin teruk eh sejak akhir2 ni. risau lah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia wife khir rahman kan? Tak mention langsung psl lakinya |
|
|
|
|
|
|
|
smeetasmitten replied at 4-1-2023 07:14 AM
Dia wife khir rahman kan? Tak mention langsung psl lakinya
Bukan la..
Bini khir siti jasmina |
|
|
|
|
|
|
|
sayurmayur88 replied at 4-1-2023 07:11 AM
suke baca novel dia, pandai dia mengarang main emosi.
semoga dipermudahkan semuanya.
COVID ni makin ...
Covid kali ni tak demam tp batuk berpanjangan berminggu2. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 4-1-2023 07:22 AM
Bukan la..
Bini khir siti jasmina
Ooo..tq uols for the corection |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cpt sembuh aamiin2 |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.. Kempen bakcin dolu² katanya udah bakcin sama booster bila dijangkiti kobid xseteruk org xbakcin. Gws kak siti |
|
|
|
|
|
|
| |
|