CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mengalah, Biarkan Kekasih Kahwini Ibu Kandung

3-1-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2472| Komen: 9

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perkongsian seorang gadis yang mengaku sanggup beralah dengan ibu kandungnya demi merestui perkahwinan antara wanita tersebut dengan bekas kekasihnya, lapor laman berita Bingkai Nasional.


Berdasarkan video yang dikongsikan pada 1 Oktober lalu, gadis bernama Nanda itu berkata, membuat ibu bapa bahagia adalah perkara yang terbaik.

“Mengikhlaskan kebahagiaan ibu bapa adalah lebih baik,” kata Nanda menerusi keterangan video tersebut.

Berdasarkan video itu, seorang lelaki muda yang merupakan bekas kekasih Nanda dirakam sedang melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita lebih berusia, iaitu ibu gadis berkenaan.



Nanda turut dilihat tersenyum ketika merakam swafoto bersama pasangan pengantin.

Namun, selepas majlis perkahwinan tamat, Nanda dilihat menangis kerana menahan rasa sedih.

“Lantas, siapa lagi yang perlu saya percaya untuk dijadikan suami?” katanya.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Semoga anda terus tabah. Anda ialah seorang anak yang cantik, baik dan solehah,” kata seorang netizen.

“Sabar cik. Jodoh tidak ke mana-mana,” kata seorang lagi pengguna lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote little_sis 3-1-2023 06:39 PM
Comel gak nanda ni. Boleh dpt lg ensem dari ex-bf dia tu
Quote mojarean_X 3-1-2023 06:40 PM
Syurga di tapak kaki ibu. Apalah sgt nilai boyfriend tu dari sebuah syurga yg lg indah
Quote CardiGans85 3-1-2023 07:35 PM
Euww..mak ko pun macam tak pernah bersuami. Turn off sgt kalau serumah.
Quote makita 3-1-2023 10:10 PM
Mak pon membirah bersaing sampai berebut dgn anak. Haaahha patut bagi chan la kat anak merasa alam umah tga. Ni si mak pulak nak naik pelamin berkali2. Tapi xpe Nanda..bapak tiri kau tu muka so so je suai la dgn mak kau yg merenyam tu
Quote dua_chzy 4-1-2023 12:01 AM
mojarean_X replied at 3-1-2023 10:40 AM
Syurga di tapak kaki ibu. Apalah sgt nilai boyfriend tu dari sebuah syurga yg lg indah

Bila masa pula syurga bawah tapak kaki mak...Ni bukan hadis dhoif ka? Iya kita dituntut untuk hormat mak pak, but nak masuk sorga tu atas mercy Allah semata. Manusia tak mampu jadi penentu kemasukan ke syurga manusia lainnya. Ni apa aiols percaya la. Maaf jika ianya bertentangan dengan kepercayaan chuols.
Quote intan244 4-1-2023 12:05 AM
gedik betul makcik2x indon nih. tp bgsla nanda. kalau dah kawen pastu maknya membirah macam thread sebelah, xleh watpa dah.
Quote imanamsyar 4-1-2023 08:06 AM
bukan ke kalau dah kawin dengan anak, haram kawin dengan mak walaupun dah bercerai dengan isteri tu? ke aku salah mazhab ni..
Quote rosedemon 4-1-2023 08:12 AM
imanamsyar: bukan ke kalau dah kawin dengan anak, haram kawin dengan mak walaupun dah bercerai dengan isteri tu? ke aku salah mazhab ni..


laki tu manade kawen lagi dgn anak dia. so boleh la kawen ngn omaknya

Quote plywood 23-1-2023 09:23 PM
Edited by plywood at 23-1-2023 09:25 PM

[tiktok]https://www.tiktok.com/@ohbulanofficial/video/7184620441951046938[/tiktok]


https://www.tiktok.com/@ohbulanofficial/video/7184620441951046938


kenapa tag html tiktok ni tak boleh pakai?


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.045630 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top