CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Anjali Diheret SUV Sejauh 13km

3-1-2023 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1515| Komen: 4

Polis menyiasat sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mengheret mayat seorang wanita sejauh 13 kilometer (km) pada Ahad.

Mangsa, Anjali, 20 tahun dikatakan sedang menunggang skuter sebelum dirempuh dan diheret berhampiran jalan Sultanpuri, New Delhi, India.


Mangsa dikatakan tersepit di bawah SUV berkenaan yang dilihat memandu seperti biasa.


Mayat Anjali berusia 20 tahun tersepit di bawah SUV selepas skuter dinaikinya dirempuh dalam satu kejadian pada Ahad.

Menurut jurucakap polis, kaki mangsa tersepit pada salah satu tayar kenderaan, menyebabkan dia terheret.

“Pemandu tidak menyedari akan perkara itu. Apabila dia mula sedar, dia cuba untuk mengeluarkan mayat berkenaan dan disebabkan berasa takut, dia cuba melarikan diri,” kata VK Saxena.


Pada masa sama, polis bagaimanapun menafikan dakwaan mengatakan mangsa dirogol dan dibunuh sebelum diheret menggunakan kereta.

“Kami menolak wujudnya berlaku jenayah rogol ke atas mangsa. Ini merupakan kemalangan dan suspek akan didakwa atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan kematian,” jelasnya.

Pengguna media sosial turut heboh dengan dakwaan mengatakan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dibuang dan penjenayah cuba menghapuskan bukti dengan mengheretnya. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 3-1-2023 03:48 PM
Ngeri btol smp 13km terseret? Moga dapat tangkap sipelakunya..
Quote pooh~key 3-1-2023 03:52 PM
Kalau bagi gambar semata-mata nak pakaikan spek mata hitam (read: censor mata) baik tak payah post gambar langsug lah bodoh sis!
Quote Kitty_catz 3-1-2023 07:05 PM
ye benerr.. SUV ni sbb tinggi and comfort tak mcm sedan, meols yakin je dia tak perasan, esp kalau tergesel dari tepi

then kalo dengo radio kuat.. mmg tak dengor le sekeliling... tu kalo tak mabuk,.. kut mabuk lg la gamak tak perasan

meols pun naseb ada camera 360 and  blind spot alert kat both side mirrors,  sbb mmg tak perasan moto tepi2 ni sbb tinggi tak macam sedan
Quote Skuau 3-1-2023 07:15 PM
pooh~key replied at 3-1-2023 03:52 PM
Kalau bagi gambar semata-mata nak pakaikan spek mata hitam (read: censor mata) baik tak payah post g ...

Anjali..la..kenal tak???

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051717 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top