Polis menyiasat sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mengheret mayat seorang wanita sejauh 13 kilometer (km) pada Ahad.
Mangsa, Anjali, 20 tahun dikatakan sedang menunggang skuter sebelum dirempuh dan diheret berhampiran jalan Sultanpuri, New Delhi, India.
Mangsa dikatakan tersepit di bawah SUV berkenaan yang dilihat memandu seperti biasa.
 Mayat Anjali berusia 20 tahun tersepit di bawah SUV selepas skuter dinaikinya dirempuh dalam satu kejadian pada Ahad.
Menurut jurucakap polis, kaki mangsa tersepit pada salah satu tayar kenderaan, menyebabkan dia terheret.
“Pemandu tidak menyedari akan perkara itu. Apabila dia mula sedar, dia cuba untuk mengeluarkan mayat berkenaan dan disebabkan berasa takut, dia cuba melarikan diri,” kata VK Saxena.
Pada masa sama, polis bagaimanapun menafikan dakwaan mengatakan mangsa dirogol dan dibunuh sebelum diheret menggunakan kereta.
“Kami menolak wujudnya berlaku jenayah rogol ke atas mangsa. Ini merupakan kemalangan dan suspek akan didakwa atas kesalahan kecuaian hingga menyebabkan kematian,” jelasnya.
Pengguna media sosial turut heboh dengan dakwaan mengatakan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dibuang dan penjenayah cuba menghapuskan bukti dengan mengheretnya.
Sumber: Majoriti |