CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Isteri Guna Spanar Sampai Mati Sebab Hantar Duit RM6000 Pada Keluarga Di Kampung

3-1-2023 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2069| Komen: 16

Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai suspek utama dalam kes pembunuhan isterinya di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara, pada 16 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu Gajah, Perak pada jam 12.30 tengahari.

"Suspek adalah suami kepada mangsa dan sudah berkahwin kira-kira enam tahun lalu dan mempunyai empat orang anak yang berusia 1 hingga 5 tahun.

"Suspek mengaku memukul mangsa menggunakan spanar ketika kejadian pada 16 Disember lalu dan melarikan diri meninggalkan anak mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Gambar Hiasan

Menurutnya, punca pergaduhan antara suspek dan mangsa disebabkan wanita itu mengambil wang simpanan berjumlah RM6,000 dan menghantar ke kampung tanpa pengetahuan suspek.

"Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 3-1-2023 11:27 AM
Allahuakhbar...kenapa buat mcm tu...duit boleh cari bang..
Quote Decaffeinated 3-1-2023 11:30 AM
Banyak kot membanting tulang nak kumpul 6k. Orang kata duit boleh dicari and so is a new bini. Cuma why guna spanar bantal xde ka?
Quote shernazz 3-1-2023 11:30 AM
Duit suami simpan penat2
Tibe2 bini anto ke kampung bg family.dia..
Huhu..mmg boleh sasau le...
Kesian anak anak ditinggalkan mcm.tu je...
Quote Itzy 3-1-2023 11:45 AM
indon ni memang perempuan2 mereka haprak. jenis tak dengar cakap suami
Quote imanjannah 3-1-2023 11:49 AM
mcm ni le kot yg tok Wi marah bini dia dulu, tapi yg ni sampai mati
Quote ifanonline 3-1-2023 11:51 AM
bab duit ni jgn di buat main
Quote felinecat 3-1-2023 11:51 AM
Anak tu jgn lupa hantar ke kedutaan indo, jgn nak suruh jkm malaysia jaga pulak
Quote jari10 3-1-2023 12:20 PM
Decaffeinated: Banyak kot membanting tulang n ...


Bantal pun bahaya kot buat tekup muka bini terus tak bernapas jugak
Quote prettyuglybabe 3-1-2023 01:24 PM
trisna bini insinyur pun dapat pow 200 je bagi family kat kampung..
ni sampai 6k terus kau bedal..
Quote Decaffeinated 3-1-2023 04:09 PM
jari10 replied at 3-1-2023 12:20 PM
Bantal pun bahaya kot buat tekup muka bini terus tak bernapas jugak

tak suruh tekup, suruh hempuk ja.

abis2 pun patah gigi.

Quote NazRysha 3-1-2023 04:11 PM
kesiannya nasib anak2nya kecik lagi
Quote pooh~key 3-1-2023 04:24 PM
jari10 replied at 3-1-2023 12:20 PM
Bantal pun bahaya kot buat tekup muka bini terus tak bernapas jugak

Ok la tekup sis. Less mess tak ada darah2 terpercik sis.
Quote rosedemon 4-1-2023 08:03 AM
so vinik dia masok sorga ka neraka ingkar ckp somi
Quote supernaturalee 4-1-2023 09:00 AM
pooh~key replied at 3-1-2023 04:24 PM
Ok la tekup sis. Less mess tak ada darah2 terpercik sis.

errrr
mesti horror keadaan dlm rumah tu

Quote pooh~key 4-1-2023 09:22 AM
rosedemon replied at 4-1-2023 08:03 AM
so vinik dia masok sorga ka neraka ingkar ckp somi

Masuk melaka restoran 35, sissssss….
Quote pooh~key 4-1-2023 09:23 AM
supernaturalee replied at 4-1-2023 09:00 AM
errrr
mesti horror keadaan dlm rumah tu

Boleh buat filem tajuk sepana jaya versi seram sis.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058241 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top