GEORGE TOWN – Kebanyakan penduduk Pulau Mutiara kini lebih suka menghabiskan masa hujung minggu dengan duduk di rumah berikutan tidak sanggup menempuh kesesakan lalu lintas sama ada ke pusat bandar mahupun pergi ke Seberang Perai.
Misalnya, tempoh pemanduan dari Bayan Lepas ke pusat bandar yang dianggarkan sejauh kira-kira 15 kilometer (km) sahaja mengambil masa lebih sejam pada setiap hari Sabtu, Ahad atau musim cuti sekolah apabila terpaksa menempuh kesesakan teruk. Masa tersebut dikatakan sudah menyamai tempoh perjalanan ke Kulim, Kedah sejauh kira-kira 40 km jika keadaan trafik berjalan lancar. Bukan setakat itu, penduduk di sebelah pulau turut mengeluh apabila mereka juga terpaksa berdepan kelewatan tiba ke destinasi terutama Taiping, Perak dengan anggaran masa yang perlu diambil selama lebih dua jam. Kebiasaannya, tempoh lebih dua jam itu adalah jarak bagi perjalanan ke Simpang Pulai, Perak. Seorang penduduk, Norizana Adnan, 30, berkata, dia tidak sanggup berdepan kesesakan setiap hujung minggu di bahagian pulau dan mengambil keputusan hanya tinggal di rumah bersama keluarga. “Memang tidak dinafikan, Pulau Pinang menjadi antara senarai lokasi percutian pilihan pelancong luar. Keadaan ini (kesesakan) dilihat semakin menjadi-jadi selepas fasa endemik dan ramai orang luar berpusu-pusu masuk ke sini. “Tengoklah sendiri di jalan raya pada musim cuti persekolahan baru-baru ini, nombor plat kenderaan boleh dikatakan semuanya dari luar Pulau Pinang. Bagaikan ada pesta keramaian. “Sesak bukan sahaja di kawasan pusat bandar, malah jalan-jalan di Balik Pulau, Bayan Lepas menuju ke Bayan Baru dan Batu Ferringhi ke Teluk Bahang juga banyak dengan kenderaan. Keadaan trafik sentiasa perlahan dari siang sampai ke tengah malam,” katanya kepada Kosmo. Seorang lagi penduduk, Fairuz Azman, 43, pula memberitahu, dia lebih selesa menunggang motosikal bersama isteri atau anak untuk ke pusat bandar pada hujung minggu atau sekiranya ada urusan penting. “Motosikal menjadi kenderaan alternatif yang paling mudah dan pantas. Hanya mencelah-celah di tepi kenderaan yang sedang berbaris panjang. “Sekiranya terdesak untuk keluar bersama anak-beranak, kami akan pastikan keluar dari rumah pada pukul 8 atau 9 pagi dan akan pulang semula ke rumah selepas solat Isyak. “Ketika itu, kenderaan di jalan-jalan utama dan lebuh raya di sebelah pulau sudah berkurangan, namun akan kembali sesak sekitar pukul 9 malam menghala ke Padang Kota Lama dan Batu Ferringhi,” jelasnya. Seorang kakitangan kerajaan, Juzaidi Ahmad, 48, mendakwa, orang Pulau Pinang ketika ini dikatakan lebih selesa keluar bercuti dari negeri ini pada setiap hujung minggu. “Lima hari kami bekerja dan sering menempuh kesesakan setiap kali pergi dan pulang dari berkerja. Kami perlukan ketenangan jiwa. Disebabkan itu, saya membuat keputusan membeli rumah kedua di Gurun, Kedah sejak lima tahun lalu. “Rumah kedua kami terletak berhampiran kawasan bukit. Tenang jiwa melihat kehijauan tumbuhan hijau setiap hujung minggu dan fikiran akan mula serabut apabila pulang semula ke sini setiap Ahad malam,” ujarnya. -CARI Sumbr: Kosmo
|
lurve82 replied at 3-1-2023 11:24 AM
laki aku sejak pindah penang ni selalu mengeluh jem...klu umah dgn kilg tu 20min blh sampai...klu je ...
oyo_miow replied at 3-1-2023 12:15 PM
upgradelah sistem jalan raya, buat jalan bertingkat. masaalah setel kerana ada banyak jalan, untuk k ...
Gigicantik81 replied at 3-1-2023 11:22 AM
KL , Melaka tersenyum sinisssss
Carcosa replied at 3-1-2023 12:48 PM
Bende ni takkan penah abis lah oi.
Kau duduk rumah this weekend, then next weekend kau keluar, tak k ...
oyo_miow replied at 3-1-2023 12:58 PM
Hahaah, burit busuk mengaku mutiara...Perempuan perempuan ni perasan agak nya ingat laki nak sanga ...
card_reader replied at 3-1-2023 11:41 AM
pagi nie jem nak pegi kerja.....xtau la jem sebab apa
maybe budak masok sekolah kot
ADVERTISEMENT