View: 3596|Reply: 62
|
Orang Penang Mengeluh, Serabut Kepala Otak Setiap Hujung Minggu Hadap Jem!
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Kebanyakan penduduk Pulau Mutiara kini lebih suka menghabiskan masa hujung minggu dengan duduk di rumah berikutan tidak sanggup menempuh kesesakan lalu lintas sama ada ke pusat bandar mahupun pergi ke Seberang Perai.
Misalnya, tempoh pemanduan dari Bayan Lepas ke pusat bandar yang dianggarkan sejauh kira-kira 15 kilometer (km) sahaja mengambil masa lebih sejam pada setiap hari Sabtu, Ahad atau musim cuti sekolah apabila terpaksa menempuh kesesakan teruk.
Masa tersebut dikatakan sudah menyamai tempoh perjalanan ke Kulim, Kedah sejauh kira-kira 40 km jika keadaan trafik berjalan lancar.
Bukan setakat itu, penduduk di sebelah pulau turut mengeluh apabila mereka juga terpaksa berdepan kelewatan tiba ke destinasi terutama Taiping, Perak dengan anggaran masa yang perlu diambil selama lebih dua jam.
Gambar Hiasan: Savills Malaysia
Kebiasaannya, tempoh lebih dua jam itu adalah jarak bagi perjalanan ke Simpang Pulai, Perak.
Seorang penduduk, Norizana Adnan, 30, berkata, dia tidak sanggup berdepan kesesakan setiap hujung minggu di bahagian pulau dan mengambil keputusan hanya tinggal di rumah bersama keluarga.
“Memang tidak dinafikan, Pulau Pinang menjadi antara senarai lokasi percutian pilihan pelancong luar. Keadaan ini (kesesakan) dilihat semakin menjadi-jadi selepas fasa endemik dan ramai orang luar berpusu-pusu masuk ke sini.
“Tengoklah sendiri di jalan raya pada musim cuti persekolahan baru-baru ini, nombor plat kenderaan boleh dikatakan semuanya dari luar Pulau Pinang. Bagaikan ada pesta keramaian.
“Sesak bukan sahaja di kawasan pusat bandar, malah jalan-jalan di Balik Pulau, Bayan Lepas menuju ke Bayan Baru dan Batu Ferringhi ke Teluk Bahang juga banyak dengan kenderaan. Keadaan trafik sentiasa perlahan dari siang sampai ke tengah malam,” katanya kepada Kosmo.
Seorang lagi penduduk, Fairuz Azman, 43, pula memberitahu, dia lebih selesa menunggang motosikal bersama isteri atau anak untuk ke pusat bandar pada hujung minggu atau sekiranya ada urusan penting.
“Motosikal menjadi kenderaan alternatif yang paling mudah dan pantas. Hanya mencelah-celah di tepi kenderaan yang sedang berbaris panjang.
“Sekiranya terdesak untuk keluar bersama anak-beranak, kami akan pastikan keluar dari rumah pada pukul 8 atau 9 pagi dan akan pulang semula ke rumah selepas solat Isyak.
“Ketika itu, kenderaan di jalan-jalan utama dan lebuh raya di sebelah pulau sudah berkurangan, namun akan kembali sesak sekitar pukul 9 malam menghala ke Padang Kota Lama dan Batu Ferringhi,” jelasnya.
Seorang kakitangan kerajaan, Juzaidi Ahmad, 48, mendakwa, orang Pulau Pinang ketika ini dikatakan lebih selesa keluar bercuti dari negeri ini pada setiap hujung minggu.
“Lima hari kami bekerja dan sering menempuh kesesakan setiap kali pergi dan pulang dari berkerja. Kami perlukan ketenangan jiwa. Disebabkan itu, saya membuat keputusan membeli rumah kedua di Gurun, Kedah sejak lima tahun lalu.
“Rumah kedua kami terletak berhampiran kawasan bukit. Tenang jiwa melihat kehijauan tumbuhan hijau setiap hujung minggu dan fikiran akan mula serabut apabila pulang semula ke sini setiap Ahad malam,” ujarnya. -CARI
Sumbr: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
KL , Melaka tersenyum sinisssss |
|
|
|
|
|
|
|
laki aku sejak pindah penang ni selalu mengeluh jem...klu umah dgn kilg tu 20min blh sampai...klu jem sejam setgh bru smpi...slmt gj lebat je...ni dkt batu kawan..bukan dlm island pun..dlm island tu tobat kot... |
|
|
|
|
|
|
|
x nak serabut, jangan dok dalam pulau la.... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi nie jem nak pegi kerja.....xtau la jem sebab apa
maybe budak masok sekolah kot |
|
|
|
|
|
|
|
aku gi jenjalan sana naik beskal je, bas pun banyak |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 3-1-2023 11:24 AM
laki aku sejak pindah penang ni selalu mengeluh jem...klu umah dgn kilg tu 20min blh sampai...klu je ...
Batu Kawan tu rancak lepas naik Bandar Cassia tu... Dgn Ikea ada.... |
|
|
|
|
|
|
|
Di island guna saja public transport cuma mahu or tidak saja cuma untuk some destination perlu transit.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku penang, p jalan kl tgk lg teruk jammed melekat ... padu
p jalan loqtaq perlis aman... tambah2 jalan belakang... |
|
|
|
|
|
|
|
upgradelah sistem jalan raya, buat jalan bertingkat. masaalah setel kerana ada banyak jalan, untuk ke sesuatu distenasi..pengemalikan tanah pun tak perlu kerana buat jalan di atas jalan sedia ada, cuma bertingkat..kos pembinaan jalan pun kurang.
masaalah setel. |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta plat P bawak cam onggila di negeri lain tersengih sinissss |
|
|
|
|
|
|
|
oyo_miow replied at 3-1-2023 12:15 PM
upgradelah sistem jalan raya, buat jalan bertingkat. masaalah setel kerana ada banyak jalan, untuk k ...
Akak anggap kau perli kot noh sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak balik penang.. rumah nenek aku pun langsung rumah tinggal takde orang nak duduk... tp mmg aku benci nak balik seban sejak dulu lagi penang is serabut...
Tak sangka penang makin teruk jemmmmmm ngalahkan KL...
Hidup ni simple je.. and reduce laa stress.... tak perlu kot spend berjam2 masa setiap hari dlm jemmm... |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai, biasa lah tu jem. Kang kalau orang tak mai penang, korang gak bising banyak bisnes slow n katup bla bla bla. Anggap je la kedatangan pelancong tu membawa rezeki. Tak ingat masa covid hari tu kat melaka, betapa ramai pengusaha beca, kedai makan etc yang bising takde income?
Iols memang takkan ke penang on sabtu. Kalau nak sangat pergi penang, pergi ahad or weekdays. Tu pun dah lama tak turun |
|
|
|
|
|
|
|
Bende ni takkan penah abis lah oi.
Kau duduk rumah this weekend, then next weekend kau keluar, tak ke sama masalah nye? Kau tak keluar, orglain keluar. Org tu tak keluar, kau plk keluar.
Nak happy, senang je. Lower down your expectations.
Kalau kau berwajah peon, tapi kau berangan nak kawin dgn yg berwajah persis Nelydia Senrose, bukankah mengundang stress namanya itu.
Kalau tau jalan jam mcm hanat, samada kau keluar berganda2 awal, or kau cari weekday House utk kau tido time kerje je. Kang nnti laki ko menyundal plk sbb tak dpt mutiara kau tiap2 malam. Komplennn lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
sama jekan....jem mesti mula dr pedas@senawang sampai seremban zon wajib jem..... standard jem berhenti punye la...bukan ade ape pun org berhenti nak kencing tepi jalan pun nak tengok.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahaah, burit busuk mengaku mutiara...Perempuan perempuan ni perasan agak nya ingat laki nak sangat burit busuk dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
oyo_miow replied at 3-1-2023 12:58 PM
Hahaah, burit busuk mengaku mutiara...Perempuan perempuan ni perasan agak nya ingat laki nak sanga ...
Iyaaa. Nak2 lagi jenis yg selalu check henfon laki, then jumpa gambar2 retis lawa2 dlm phone.
Ehhh laki kau berangan, kau sentapan, kau ingat laki kau boleh dpt retis2 tu? Kalau gaji laki kau hanya mampu beli Huda Cosmetic yg di jual di atas meja Pasar Malam Gombak, usahla kau risau kak. Takde nye retis hot nak kat laki kau. Si Anju yg barang kitar semula tu pun, pandai cari orka tua kak. |
|
|
|
|
|
|
|
ada excident kat lebuhraya tun dr lim chong eu
aku biasanya sejam stgh sampai office, hari ni 3 jam. btambah2 jem dr biasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang kuantan tersenyum sinisssss |
|
|
|
|
|
|
| |
|