Umum mengetahui mengenai perkahwinan pelakon Fatin Afeefa dan jejaka pilihan hatinya, Aliff Awang. Sehubungan itu, pelakon Adam Shahz yang merupakan bekas suaminya turut menzahirkan rasa gembira atas ikatan perkahwinan tersebut.
Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Adam sempat meninggalkan pesanan kepada bekas isterinya itu untuk tidak lupa akan tarikh perbicaraan bagi tuntutan hak penjagaan anak yang bakal berlangsung pada hujung Januari ini. “Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja. “Dah kahwin, dah lepas, Cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Bukan itu sahaja, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, menyatakan bahawa perbicaraan ini adalah yang pertama untuk menuntut hak penjagaan anaknya. “Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu. “Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apapun saya bergantung kepada keputusan mahkamah.
“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak. “Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekalipun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” jelasnya. Tegas Adam, dia hanya ingin menuntut haknya sebagai bapa dan tiada sebarang isu lain.
“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” luahnya lagi. Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013. Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7. Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|