CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3004|Reply: 30

"Dah Kahwin, Dah Lepas, Jangan Lupa Naik Mahkamah 26 Januari,"-Adam Shahz Bagi Amaran Pada Fatin Afeefa

[Copy link]
Post time 3-1-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Umum mengetahui mengenai perkahwinan pelakon Fatin Afeefa dan jejaka pilihan hatinya, Aliff Awang.


Sehubungan itu, pelakon Adam Shahz yang merupakan bekas suaminya turut menzahirkan rasa gembira atas ikatan perkahwinan tersebut.




Foto: IG




Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Adam sempat meninggalkan pesanan kepada bekas isterinya itu untuk tidak lupa akan tarikh perbicaraan bagi tuntutan hak penjagaan anak yang bakal berlangsung pada hujung Januari ini.


“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.


“Dah kahwin, dah lepas, Cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.




  



Bukan itu sahaja, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, menyatakan bahawa perbicaraan ini adalah yang pertama untuk menuntut hak penjagaan anaknya.


“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.


“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apapun saya bergantung kepada keputusan mahkamah.




  



“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.


“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekalipun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” jelasnya.


Tegas Adam, dia hanya ingin menuntut haknya sebagai bapa dan tiada sebarang isu lain.




  



“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” luahnya lagi.


Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013.


Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.




  



Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.


Dalam pada itu, menerusi perkahwinan sebelum itu, Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. -CARI




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Adam punya hidung tu ori ke? Macam repair je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:26 AM | Show all posts
udah2la tu.. citer antara ko ng ex ko dh la.. asyik2 nk sensasikan.. 2023 dh kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis bapak pikir hak dia je. Hak anak taknak pulak bagi.

Sejenis exhusband suka2 nak ugut exwife pasal hak jagaan anak bila exwife kawin lain. Takkan nak exwife menjanda sampai tua.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:39 AM | Show all posts
jantan ni tak move on ke apa???panas bila tgk exwife kawen dgn org yg lebih dr dia...
masa awal2 ko tak nak jaga anak, skrg baru gigih nak tuntut!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 09:40 AM | Show all posts
jantan ni tak move on ke apa???panas bila tgk exwife kawen dgn org yg lebih dr dia...
masa awal2 ko tak nak jaga anak, skrg baru gigih nak tuntut!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2023 10:43 AM | Show all posts
sila kurung mamat nih dlm satu bilik ngan si Sol samdol tuh....
sejenis jantan yg asyik nak play victim....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:06 AM | Show all posts
what a loser
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Huhuu nafkah ko bagi ke bulan-bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:13 AM | Show all posts
Ni la sejenis jantan suka meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:17 AM | Show all posts
dan2 dia menyalak time pipah kawen. joykiller betul dia ni. tak boleh tengok orang bahagia. #dengkike sangat. nampak sangat jeles.

kau tu tak ada apa2, baik diam2 je.

semoga pipah dipanjangkan jodoh dengan laki baru dan semoga bahagia selalu hidup tenang2 je dengan anak lelaki dia yang hensem tu dan anak perempuan yang sebijik muka exlaki (nak kata tak comel, kang i kena kecam pulak kata tak boleh libatkan anak2) tak payah kisahkan exlaki yang asik nak menyalak je tak kena tempat tambahan pulak tak ada job sebab tu sibuk sangat dengan hal exbini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:22 AM | Show all posts
jarang jumpa kaum lelaki yg suka merempan ni...nmpak busuk!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Memula dulu nampak la dia ni hensem..skrg x ubah gaya pakcik2 tapi mulut longkang..jenis nak kondem org je keje nye..dia je lah btul..iols ada pakcik2 jiran serupa dia ni..muka pun lebih krg
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
BellaThePrinces: jarang jumpa kaum lelaki yg su ...


Dia dengan si kelindan pablo amirul tu sana spesis!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 12:03 PM | Show all posts
ko kasi ke tak child support? kalau culas mmg ler ex bini ko tak bg jumpa anak. takyah bg extra ko bg secukupnya child support / terpaling beli barang sekolah anak / bayar yuran sek anak confirm berdesupppp ex bini ko kasi jumpa anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
PS versi jantan. Meroyan sana sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Diam2 gi file lah hak KO sebagai bapak nak jengok anak.. biar makhamah tentukan... tak abis2 memekak menyalak dalam social media! Rempits betol!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
BellaThePrinces replied at 3-1-2023 11:22 AM
jarang jumpa kaum lelaki yg suka merempan ni...nmpak busuk!!


Aku pun tak suka lelaki mcm ini. Serious.. dah lahgitu ajaaa lifestyle. Content video rempz mcmtu.. memang busuk!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada sebab ex wife kau tak bagi jenguk anak. Nafkah bulanan entah hulur ke tak. Takat nak jumpa anak happy2 tapi sara hidup anak kai nak makan, sekolah tak bagi, buat apa. Ramai jantan bila cerai spesis gini. Anak nak naik sekolah pun tak reti nak hulur extra untuk perbelanjaan beli buku, yuran segala mcm etc. Pompuan gak yg kena fikir
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2023 02:28 PM | Show all posts
bitternya kau ni.. move on saja la..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.127676 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list