Lama mengunci mulut mengenai hal rumah tangganya, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 38, akhirnya bakal membuat penjelasan bagi merungkai segala isu dalam masa terdekat sekali gus menamatkan kontroversi dari pelbagai penjuru.
Syamsul menerusi hantaran video di Instagram, malam tadi bagaimanapun berkata, dia tidak akan mengambil pendekatan seperti isterinya, Puteri Sarah dalam menyelesaikan isu tersebut. “Lebih setengah tahun juga kisah rumah tangga dan perkahwinan dihebohkan isteri saya yang banyak membuat perkongsian di media sosial, temu ramah, di kaca televisyen dan sebagainya tentang kehidupan peribadi kami. “Sudah sampai masanya untuk saya bersuara. Saya diam selama ini kerana ia hal rumah tangga, perkara dalam kain yang tidak manis dikongsikan dengan orang luar.
“Saya pun dah penat dan percaya, netizen juga letih dengan cerita ini. Bezanya, apabila saya buka mulut, saya tidak akan ikut cara Sarah. Saya tak nak buka aib atau pekung sesiapa sebab rasanya itu tidak wajar,” katanya. Dalam masa sama, Syamsul akui cercaan diterima menganggu urusan kerja dan penggambaran filem Original Gangster yang sedang berjalan. “Saya terima apa sahaja kata nista yang dilemparkan. Buat mereka yang memahami situasi dan memberikan sokongan bukan sahaja kepada saya, tetapi juga isteri, saya hargai. “Cuma, sebagai manusia, saya akui, segala cercaan dan hinaan itu kadang kala membuatkan waktu tidur saya dan fokus kerja dalam menghasilkan filem terbaru juga terganggu. “Saya terima semua itu sebab yang paling penting adalah kedua-dua ibu bapa, keluarga, anak-anak, termasuk semua yang bekerja mencari rezeki di bawah produksi saya,” katanya. “Saya terima apa sahaja kata nista yang dilemparkan. Buat mereka yang memahami situasi dan memberikan sokongan bukan sahaja kepada saya, tetapi juga isteri, saya hargai. “Cuma, sebagai manusia, saya akui, segala cercaan dan hinaan itu kadang kala membuatkan waktu tidur saya dan fokus kerja dalam menghasilkan filem terbaru juga terganggu. “Saya terima semua itu sebab yang paling penting adalah kedua-dua ibu bapa, keluarga, anak-anak, termasuk semua yang bekerja mencari rezeki di bawah produksi saya,” katanya. Dia juga reda apabila tingkah laku dan kehidupan terus jadi perhatian ramai berikutan takdirnya lahir dalam keluarga seni. IG Syamsul “Apapun, saya mohon semua pihak bersabar. Saya akan rungkaikan semua ini, insya-Allah. Mohon semua pihak mendoakan yang terbaik,” katanya. - CARI |
pocongkiutss replied at 1-1-2023 01:32 AM
MUNAFIKKKKKKKKKKKKKK
pocongkiutss replied at 1-1-2023 09:32 AM
MUNAFIKKKKKKKKKKKKKK
silampumeja replied at 1-1-2023 09:42 AM
Mencerminkan watak movie dia kan... Sendiri buat, sendiri nak lengah2 dan ingat... Knowing him sel ...
lightheaded67 replied at 1-1-2023 09:26 AM
haku tak tahan nk komen jugak sbb ayat he acah bagus yach. bukan ko yg kena kacau 4 tahun tu pakcik. ...
lightheaded67 replied at 1-1-2023 09:26 AM
haku tak tahan nk komen jugak sbb ayat he acah bagus yach. bukan ko yg kena kacau 4 tahun tu pakcik. ...
bayan_nuri replied at 1-1-2023 10:14 AM
the most overrated director
ADVERTISEMENT