View: 23076|Reply: 361
|
PANASS 'Saya akan beri titik noktah permasalahan ini dalam masa terdekat' - Syamsul Yusof
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini," demikian kata pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof yang akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya yang hangat diperkatakan ketika ini.
Terbaharu, penjelasan itu dibuat Syamsul, 38, menerusi perkongsian video di Instagram (IG), beberapa jam lalu sebelum lembaran tahun 2023 dibuka sebagai jawapannya pada kemelut rumah tangga yang berlaku disebabkan kehadiran 'orang ketiga'.
Syamsul berkata, dia bertindak mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu membuka aib berkaitan kehidupan rumah tangganya bersama isteri juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37.
"Tapi, sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini (kemelut rumah tangga yang hangat diperkatakan). Saya pun dah penat dan saya juga percaya netizen pun letih.
"Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan isteri saya, Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.
"Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ini ternoktah," katanya mengakui apa yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu tidur dan urusan kerjanya.
Syamsul berkata, berikan dia sedikit masa lagi untuk menyelesaikan semua isu yang berlaku itu.
KREDIT : HARIAN METRO
Malah, katanya, sebagai anak dia juga sangat menyayangi dan menghormati kedua ibu bapanya.
Pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan berkata dilahirkan dalam keluarga seni dan bergelar selebriti, dia sedar bahawa dirinya sering menjadi perhatian, termasuk membabitkan kisah peribadi.
"Hal perkahwinan adalah perkara sangat peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.
"Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masa untuk menjelaskan segala-galanya," katanya.
Difahamkan Syamsul berhadapan kemelut rumah tangga dengan Puteri Sarah atas dakwaan kehadiran 'orang ketiga' dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.
Baru-baru ini juga, Syamsul dilaporkan mahu memfailkan saman RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyebarkan kenyataan tidak benar dan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dia tunggu ps balik dr bercuti la kot ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baru keluar dari gua ye sol |
|
|
|
|
|
|
|
Check in dulu la, cari kopi jap |
|
|
|
|
|
|
|
Baru keluar gua. Baru ada telur. Baru bangkit dari tidur.
Dan tetap ngan ego seolah2 dio lah terbaik dari segala. Tak nak jaja aib bini konon. Epik betul nih. Sekian lama hati bini dibakul sampahkan. Hati anak2 dibeban dengan
masalah laki bini tak berkesudahan.
Bini berkicau dek perangai laki yang poyo seolah2 baik ajer dia tuhhh. Tak leh berunding bersemuka maka bini provoke lah kat medsoc kasi panas punggung. Puiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 1-1-2023 09:33 AM
haku tak tahan nk komen jugak sbb ayat he acah bagus yach. bukan ko yg kena kacau 4 tahun tu pakcik. kalau ps tu yg ada skandal belakang ko, aiol tak rasa dia ni acah diam. kalau telo beso dh lama setel bukan bini tu dh meroyan mcm ape bru nk setel. bini 1st takleh handle, bini no 2 pun ko bia buat perngai kacau bini no 1. ala buat ayat mcm good pulak.
eh ko tak dpt tgkap lagi ke, minah tu kacau bini ko supaya dia meroyan dan supaya awal2 ps bocor kn kasi semua org tau ko dgn minah tu, tp ps diam 4 tahun tak tercapai lah target minah tu. sbb minah tu pun mcm ko jugak,penakut tp nk kasi tau donia. jadi org penakut ni ape buatnya?? kita cover belakang org lah.. biar org nmpk busuk nampak tahi, ko dgn minah stay diam2 ja acah classy acah good acah nama elok pui. ha elok lah cepat setel.cepat sket smua org boleh move on. punei |
|
|
|
|
|
|
|
Menyampahnya aku baca. Perasan bagus sangat kau ni sol. Konon dia baik sangat lah cakap mcm tu.
Berapa lama kau diam pasal ni. Kau biar je sarah hadap semua ni sorang2.
|
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 1-1-2023 01:32 AM
MUNAFIKKKKKKKKKKKKKK
Mencerminkan watak movie dia kan... Sendiri buat, sendiri nak lengah2 dan ingat... Knowing him selama ni pun banyak betul dia duk menafikan macam2 .. sifat narcasist dlm diri tu kuat sgt... Kalau diam aje takpe jgk... Tp bila mat kilau keluar mcm2 dia duk buat .. siap snggup viralkan kedai emas dgn bapak mertua.. masuk temubual dgn paknil tp kunci mulut siapa ik... Drpda situasi dan cara dia cmunicate dgn kazar dlm iklan, cara kazar handle issue ni... Mcm ye jr diorang dh kawin si sol ik niii...
Bila dh xdpt tutup apa2 , tu yg dia nk bg statement. Pastu dh berani salahkan sarah tayang cerita... Memang munafikla |
|
|
|
|
|
|
|
Sarah bakalan jadi mak jan kew? |
|
|
|
|
|
|
|
sedap ayat ko ye sol... kalau ps xbuat bising kt socmed, sampai ke sudah ps tu merana. xde kata putus. macamni pun masih ade yg suruh ps classy bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 1-1-2023 09:32 AM
MUNAFIKKKKKKKKKKKKKK
selayaknya dicerca |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 1-1-2023 09:42 AM
Mencerminkan watak movie dia kan... Sendiri buat, sendiri nak lengah2 dan ingat... Knowing him sel ...
Sol kalau betul2 bagus..buat mcm serap muslim tu..kawal dua2 bini ko tu..ni ko biar bini no 2 tu buli 1st wife..bila.bini no1 1 tu merempan..ko olay victim pulak eh..vaviiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Da beraper tahun PS mendiamkan diri makan hati |
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 1-1-2023 09:26 AM
haku tak tahan nk komen jugak sbb ayat he acah bagus yach. bukan ko yg kena kacau 4 tahun tu pakcik. ...
Saya setuju sangat dengan ayat nie. Simpati betul dengan PS. Kesian bila wife fight sorang2. |
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 1-1-2023 09:26 AM
haku tak tahan nk komen jugak sbb ayat he acah bagus yach. bukan ko yg kena kacau 4 tahun tu pakcik. ...
Aku setuju dgn kau. Kadang aku pikir juga siapa yang mangsa sebenarnya kes ni.
Kadang aku terfikir filem munafik tu dia buat utk diri dia. Bukan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
bayan_nuri replied at 1-1-2023 10:14 AM
the most overrated director
yes... overrated director...
poyo much...bini dh sabar 4tahun...setengah tahun bising di media ...skrg baru nk settle |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke noktah sol??? Ko jgn nanti bg tanda koma ke, tanda soklan ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|