CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersalin Tanpa Suami, JPN Suruh Pilih 99 Nama Allah Sebab Anak Tak Boleh Berbin Bapa

30-12-2022 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10008| Komen: 121

Seorang wanita pasrah apabila melahirkan anak sulung tanpa suaminya Aidie Fitri, 27, di sisi kerana urusan kerja.

“Lapan bulan pertama mengandung suami ada di sisi. Namun ketika tempoh tinggal lagi sebulan nak bersalin, suami dapat panggilan untuk rekrut polis.


"Jadi dia tak ada waktu saya bersalin," kata Iffah Nur Dini ketika dihubungi mStar.


TikTok/mStar

Malah, dugaan wanita berusia 27 tahun ini tidak terhenti di situ apabila anaknya, Adlee Mustaqim yang dilahirkan pada 12 Disember 2021 tidak boleh dibinkan dengan nama bapanya.

"Saya dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak membenarkan ibu bapa lewat mendaftar nama anak. Jika tidak akan didenda. Saya tak nak banyak masalah, saya daftar sijil lahir anak tanpa kad pengenalan ayahnya.


"Disebabkan tak dapat berikan kad pengenalan asal suami, JPN minta saya guna salah satu daripada 99 nama Allah. Bahagian maklumat bapa kepada anak saya terpaksa dikosongkan,” imbas Iffah.

Menurut Iffah, suaminya yang melapor diri pada 7 November 2021 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di Kuala Lumpur hanya mengetahui tentang kelahiran anak pertama mereka setelah segalanya selesai.

Jelasnya yang kini menetap di Kelantan bersama suami dan anaknya, dia terpaksa membuat laporan di balai polis untuk memberi khabar gembira itu.

Katanya yang kini sudah berumah tangga hampir dua tahun, anaknya pada ketika itu terpaksa memakai nama sementaranya iaitu Adlee Khairul Mustaqim Abdul Rahman.



“Masa saya dah dekat hospital nak bersalin memang suami tak tahu apa-apa langsung. Dekat Pulapol memang tak boleh pakai telefon jadi saya kena buat report di balai polis sahaja untuk sampaikan berita saya sudah beranak.

“Sepatutnya dia dapat balik tapi masa tu SOP masih ketat jadi dia tak dibenarkan pulang. Jadinya 'perjumpaan’ mereka kali pertama hanyalah melalui panggilan video saja.

“Selepas suami habis rekrut dalam tempoh lima bulan, barulah mereka dapat berjumpa secara berdepan dekat Pulapol. Kami pun sama-sama selesaikan segala urusan sijil lahir anak sama-sama dengan berikan segala bukti dokumen dekat JPN,” katanya lagi.

Setelah kira-kira sebulan menunggu, akhirnya segala urusan menukarkan bin suaminya kepada nama anak sulung mereka berjaya didaftarkan secara sah.

Perkongsian di TikTok mengenai liku-liku rumah tangganya ini meraih perhatian apabila jumlah tontonan video mencecah lebih 1 juta.

Terdapat beberapa netizen turut bersimpati dengan apa yang terjadi terhadap Iffah malah ada juga yang turut mengalami situasi sama dikongsikan di ruangan komen.

"Sekarang punya undang-undang macam ni. Selagi tak ada kad pengenalan asal ayah memang tak boleh masukkan maklumat bapa.

"Aduh, harap JPN buat peraturan baharu. Kalau bapa pergi rekrut, bertugas luar Malaysia... ada surat pengesahan pun dah okey," kata beberapa netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 30-12-2022 10:09 PM
Propa la pompuan ni..
macam bodo2 alang gitu..

Pompuan bodo gila publisiti..
Quote Samerosie 30-12-2022 10:14 PM
Eh bodohnya kau dek.  Lambat daftar pun bukan kena denda beratus beribu.  Sanggup kau biarkan anak tu tak berbin bapaknya sebab kau bodoh.  Bodoh lepas tu 2 kali kerja.
Quote che-cikL 30-12-2022 10:18 PM
Iols setuju dgn kecaman di atas dan di bawah.

Pokoknya tak cerdik, play victim
Quote Suchi 30-12-2022 10:23 PM
Cite pasal JPN iols tersedar betapa pentingnya surat nikah mak pak ya terutama bila mak tu bkn warganegara.
Sapa2 nak menikoh pastikan berdaftar jgn nak sedap je.
Ada viral kat fb budak sabah ni bengang tak dpt buat ic walau ayah dia warganegara.
Rupanya bkn dia sorang tp bersepah2 kat sabah tu.
Amenda la dh la kawen ngn wargasing cth pinoy pastu nikah kg je katanya.
Ko nk nikah kampung ke apa daftar la nikah tu dapatkan sijil nikah sblm anak lahir.
Letih laa dgn org2 yg tak penah pikir panjang2 ni sama mcm yg nk amik ank angkat bagai pastikan dokumen lengkap kena ada mcm sijil lahir bagai.
Dah dekat nk sekolah baru laa nk cari mak kandung bagai sbb anak angkat tu takde dokumen lengkap.
Quote kemaruk 30-12-2022 10:38 PM
Edited by kemaruk at 30-12-2022 10:39 PM

Tipu giler langsung takleh hubungi suami masa tengah dalam rekruit

Orang dalam penjara pon boleh dimaklumkan berita2 penting tentang keluarga

Acik ni buat cerita seolah olah suaminya kena tahanan teroris dekat iraq sana
Quote Supersirap 30-12-2022 10:50 PM
Bayar je la denda, x banyak cerita
Quote Atata 30-12-2022 10:50 PM
Apa ni x paham hujung pangkal. Maap iols lembab
Quote sharlenetexas 30-12-2022 10:52 PM
Takkan takde kad nikah?


Quote miszclassique 30-12-2022 10:57 PM
sharlenetexas replied at 30-12-2022 10:52 PM
Takkan takde kad nikah?

Memang kena tunjuk ic original isteri dan suami rasanya
Sebab latest kakak ipar i baru beranak, laki dia siap video call kat JPN sbb orang tu nak tengok ic
Quote kitaserupaaa 30-12-2022 11:05 PM
Macam mana kalau isteri deliver baby masa husband keje oversea? Contohnya keje kapal cargo
Quote margo20 30-12-2022 11:15 PM
Husband tak bole whatsapp pdf ic ke?
Quote mawardia 30-12-2022 11:30 PM
Bodoh gila
Content punya pasal
Sanggup!
Quote ninja boy 30-12-2022 11:33 PM
X berbin bapak nnt spekulasi lain, anak nak nikah,  tukar nama geran, harta pusaka, nak sekolah
Quote glump 30-12-2022 11:34 PM
Denda $1k kalau daftar lebih 60 Hari huhu.
Quote dudaberhias 30-12-2022 11:39 PM
tak faham??? clout chaser kah cikki tu...

siap caption... masa nikah tak mengandung lagi????? apa ke bangang punya caption...
Quote elnor_81 30-12-2022 11:45 PM
Jap..xkn sijil kahwin xleh pakai?
Quote Miss_LoveLeen 31-12-2022 12:03 AM
Ada unsur2 berbau ikan
Quote tobobon 31-12-2022 12:12 AM
biasalah..kebanyakan takkan ambil tau benda2 mcm ni melainkan bila terjadi kepada diri sendiri..barulah nak ambik tau...
Quote matjerk 31-12-2022 12:26 AM
dudaberhias: tak faham??? clout chaser kah  ...


Disebabkan caption tu la aku gigih mengkaji komen2.  Bangang abadi, ada ke org yg masa menikah dah mengandung??????????

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047628 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top